12 June 2017

Betul Ke Dahi Hitam Tanda Banyak Sujud

Salam Nuzul Quran. Tahniah buat rakan-rakan yang dah banyak kali khatam AlQuran setakat 17 Ramadhan ni. Kalian sangat hebat!

Dahi Hitam Tanda Banyak Sujud?

Alhamdulillah dan In sya Allah, kita bersangka baik bahawa insan insan yang terpilih yang kita lihat mempunyai tanda hitam di dahi itu tandanya mereka kuat sujud, kuat tahajjudnya, kuat bangun malamnya. Siapalah kita nak menilai amalan orang lain

Mungkin mereka lagi dekat dengan Allah, mana tahu. Ulama pun ramai yang bertanda hitam di dahi

Cumaa, untuk diriku sendiri yang hina dan dhoif ini, kalau laa sekalipun Tuhan kurniakan rajin betul bertahajjud, aku kalau boleh mahu meminta sangat sangat dengan Allah untuk elakkan tanda hitam tersebut. 

Aku ni bukan baik sangat (mengaku je terus, senang), nak jaga hati dan bisikan bisikan syaiton tu susah oiii. Jangan main-main dengan hati. Bak kata amira osman, hati-hati, jaga-jaga!

2008, Kenangan berharga saat ziarah ke rumah seorang wali Allah, AlHabib 'Ali Alaydrus Rahimahullah di Batu Pahat, Johor. Keinginan bertemu mata dan menghadap sosok ini sudah lama akhirnya Allah maqbulkan... Bersyukur sebab beberapa tahun kemudian, AlHabib 'Ali Alaydrus meninggal dunia


Setakat mengenali dan berjumpa para Habaib pun , mereka tidak ada tanda hitam di dahi. Walaupun amalan mereka seperti yang diketahui, Ma sya Allah!


ketika mengiringi AlHabib 'Umar ben Hafidz ziarah maqam para wali Allah di Tareem, Hadhromaut

15 comments:

  1. Betul tu. siapa kita nak menilai amalannya...apa pun x perlu komen banyak2 pasal ni..lihat diri sendiri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak SA. hanya Allah je yang tahu :)

      Delete
  2. Pigmentation disebabkan semakin berusia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ada je yang tak berusia sangat ada tanda hitam kat dahi macam tu. pastu tu yang ada orang duk kata "dahi hitam tanda banyak sujud". tapi wallahualam.

      Delete
  3. Jangan main main dengan hati..betul tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari mata turun ke hati. eh tetibe haha

      Delete
  4. ermm tanda hitam itu mungkin sebagai tanda.. tapi apa pun jua Allah maha mengetahui amalan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dengan acik. siapalah kita nak menilai kan

      Delete
  5. Allah maha mengetahui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Teliti :)

      Delete
  6. Allah lebih mengetahui setiap amalan yang kita lakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga Allah terima setiap amalan kebaikan kita amin

      Delete
  7. Maaf tanda hitam juga mengaitkan dengan amalan orang khawarij yg mereka beria-ria ingin menunjukkan ibadat mereka melalui dahi. ada hadis yang menceritakannya. http://abul-jauzaa.blogspot.my/2011/03/apakah-tanda-hitam-di-dahi-merupakan.html

    ReplyDelete
  8. selalu juga dengar statement "dahi hitam tanda banyak sujud" tapi tak berani komen lebih2 hehehe.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.