19 May 2017

Selesai Urusan Hari Ke Tujuh

Harini baby hero aku sebenarnya dah masuk usia 18 hari. Tapi baru nak post story segala urusan di usia 7 hari. Kira throwback jugak la sebab haritu tak sempat nak post..hihi


“Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya, yang disembelih pada hari ketujuh dari hari kelahirannya, dicukur rambut kepalanya, dan diberi nama.”
 (Hadith Riwayat Abu Dawud 2838, sahih)

Rasanya ramai dah maklum sunat perkara yang dilakukan semasa hari ke tujuh kelahiran. Beri nama, bercukur kepala dan aqiqah (sembelihan kambing satu ekor untuk bayi perempuan dan 2 ekor untuk bayi lelaki).. 

Nama diberi : Khalefa Alawi 


Khalefa bermaksud pemimpin (Islam). Ejaan dimelayukan dan dalam bahasa arabnya dieja dengan huruf ta' marbutoh di akhirnya berbunyi Kholifah. Sementara Alawi pula dieja dalam arab dengan bermula huruf  'ain secara literalnya membawa maksud tinggi/ketinggian. Alawi maksud istilah yang diinginkan ialah nama bagi salah satu keturunan Rasulullah SollAllahu 'Alaihi Wasallam

Ba' Alawi ialah gelaran kepada mereka yang memiliki keturunan dari Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad AlMuhajir bin Isa ar-Rumi bin Muhammad an-Naqib bin Ali al Uraidhi bin Ja'far bin Sodiq bin Muhammad AlBaaqer bin Ali Zainal Abidin bin Hussain putera Ali bin Abi Tolib dan Siti Fatimah puteri Muhammad Rasulullah SollAllahu Alaihi Wasallam




Ini budak dulu panggil adik sekarang dah kena biasakan panggil kakngah. Tak pergi sekolah (taska) seminggu sebab excited sangat nak jaga baby. Itu haa sibuk duk ikut abuya daftar nama adik. Kan dah boring tunggu



Aqiqah 2 ekor kambing. Abuya tak buat majlis pun. Upah orang masak dan bungkus nasi minyak + gulai kambing untuk dihantar ke surau. Selebihnya kami jamu anak beranak dan sanak saudara terdekat sahaja


Bercukur seluruh kepala. Part ni abuya gerun sikit. Bukan takut ehh, cuma berhati hati je..hehe..Abuya risau kalau abuya yang buat, terketar ketar tangan. Tak pasal-pasal luka pulok. Nasib baik ada biras yang tolong buatkan. Dah 2 anak abuya dia yang tolong cukurkan




Khalef.. time ni kena jemur bawah matahari sebab masih ada jaundis. Abuya usung sekali dengan baby court duk luar. Dera sikit tengah panas.. hihi






8 comments:

  1. tahniah... alhamdulillah, rezeki zuriat di permurahkan...mohon doakan saya juga d[ermudahkan & dipermurahkan zuriat juga...still berusaha... (^_^)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Khalefa Alawi..syukur alhamdulillah..tahniah..tahniah...tahniah...

    ReplyDelete
  3. COMELNYA ADIK KAKLONG N KAKNGAH..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, syukur atas kelahirannya. Moga menjadi anak yang soleh ya Khalefa Alawi


    Omega3 untuk kesihatan ibu hamil, penyakit kardiovaskular dan nyanyuk

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum wbt Khalefa Alawi. Comelnya... semoga menjadi gadis solehah ya syg :)

    ReplyDelete
  6. Kawan2 SA pun buat cara macam Nizam ni dh bungkus makanan semua sedekah kat rumah anak yatim berdekatan..senang..rumah pun x berkecah

    ReplyDelete
  7. Alhandulillah sedapnya nama Khalefa Alawi.. hehehe rajin kakngah bella ikut abuya daftar nama adik dia..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.