Ada 2 gedung buku yang famous , besar, sedap sayup mata memandang dan menarik kat bandar iaitu PSI (Pustaka Seri Intan) dan Syarikat Muda Osman (SMO). Paling terbaru dibuka di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu ialah cawangan terbaru SMO. Memang jadi port baik punya bila nak cari buku atau alat tulis atau bahan bantu mengajar bagi guru. Pilihan pun banyak dan ruang luas siap 2 tingkat lagi. Aku suka SMO untuk pilihan kitab atau buku agama yang lebih banyak berbanding PSI... Novel? hurmmm... banyak jugak la
Tapi itu semua bukanlah matlamat utama si adik (naurah salsabeela) ni bila sampai ke sini. Kalau kakak baheja ada lah juga motif kebukuan dia tu bila sampai di SMO. Nampak la dia cari buku yang dia nak. Tak pun nak colour pencil. Abuya rasa dah berkotak-kotak berbakul-bakul dah colour pencil duk beli... akhirnya? ghaib entah ke mana
Apa matlamat adik sebenarnya...? Jeng..jeng..jeng
Ni haa.. nak main je. Asal masuk je sini terus tarik tangan kita nak pergi section mainan ni. Tak boleh tahan tu, ajak kita tunggu dan teman dia main. Malu katanya. Macam mana abuya nak cari buku ni...
puas abuya ajak balik... taknak.. nak main lagi.. kadang-kadang cari buku sekejap ajer, tunggu dia main ni lama, jenuhlah abuya
ni hari lain pulak.. sama je motif dia..lagi-lagi bila takde orang conquer kawasan tu..
kakak baheja minat jugak mainan ni, tapi kakak sibuk pusing rak buku
antara koleksi pensil warna yang masih elok riwayatnya
Kadang-kadang tak cukup lagi dengan buku yang beli. Pantang nampak abuya bukak laptop, sibuk jer diorang ni nak suruh abuya print lakaran kartun untuk mewarna. Tuu tak sabar sangat la tuu masing-masing tunggu depan printer
best kdai buku ini...anak2 boleh main
ReplyDeleteBeli la untuk di mainkan di rumah ..
ReplyDeleteBaru puas hati semua..
ada gak koleksi kat rumah tapi macam biasa makin lama makin ghaib...
DeleteSeronok betul jadi kanak2 ni. Boleh bermain tiap masa. saya x tahu pula SMO ada sediakan ruang untuk kanak2 bermain sebab dah lama x masuk SMO.
ReplyDeleteiya.. ni branch yang besar2 kot ada
DeleteSelalu dgr nama SMO ni dekat thr gegar. Esok nak blk KT bolehlah singgah lalu tgk kedai femes ni.
ReplyDeletelokasi harus singgah
Deletesukanya sikecik tu
ReplyDeleteuntung kedai gambar camni, ada ruang untuk kanak2 bermain
ReplyDeleteSA mng menjinakkan anak2 x kira anak sendiri atau anak buah dengan buku..seawal kecil dh ajar diorang tentang buku...sbb tu pi mana2 diorang suka masuk kedai buku
ReplyDeleteHahaha sama la.ngan anak2 kekya... bab printer tu kan .. selalu jer minta kita print gambar untuk warna..
ReplyDelete