20 March 2017

Alahai Kak Fynn Jamal

Kehadapan kok ping, one that i ever impressed with your poetry. Maaf lah, rasa nak komen jugak isu pegangan fatwa oleh kak fynn solat lelaki dan wanita sama, minggu lepas. Sebab tengok kak fynn pun dah delete setiap komen ahli ilmu dalam status timbal balas kak fynn untuk isu tersebut. Kenapa delete? Macam mana orang ramai nak tahu perbandingan dan pencerahan?


Alhamdulillah, bagus dan pujian sebenarnya buat anda yang selalu mahu berkongsi ilmu dan feel dalam setiap tulisan anda sedari dulu.. itu bukan kesalahan pun

Sepatutnya tiada siapa kisah atau persoalkan who ever you are, artis? ayah orang masjid, salasilah sekolah agama dan hafaz beberapa juzuk Alquran? Hatta hijrah dari tak pakai tudung kepada bertudung dan berniqab. Alhamdulillah. 

Penghijrahan kepada bertudung itu sebenarnya fitrah, kembali kepada fitrah. Sunnatullah nya diri mahukan kepada sesuatu yang lebih baik. Begitu juga orang yang sebelumnya bukan Islam masuk Islam, itu kembali kepada fitrah. Orang yang dulunya berjuang dalam Jemaah Toghut dan menentang Islam akhirnya berubah perjuangan kepada Jemaah Islam yang memperjuangkan Islam dan kebenaran, itu juga kembali kepada fitrah 

Tapi....

Bukan mudah-mudah atau terlalu ghairah untuk terus sebar dan ajar sesuatu ilmu yang baru kita dapat (yang nampak baru) dan nadir dalam kalangan masyarakat. Selain berhajat kepada dalil sohih dan kefahaman yang sohih, kita semua juga sangat berhajat kepada warak, berlapang dada, teliti dan insof ketika bertaamul dengan dalil-dalil syarak... usah ghairah

Bukan mudah-mudah nak faham ilmu dari guru dan kitab kalau tak bertentang mata dan lutut dek lamanya menuntut. Sejarah bersekolah agama belum cukup syarat

Sedangkan terjemahan huruf ba', lam, kaf, wau, alif dan sekalian banyak huruf dalam Alquran dan kitab itu pun dah ada banyak makna dan berbeza-beza mengikut keadaan

Itu baru huruf, apatah lagi nak terjemah kalimah dan ayat.. tak boleh faham dan hurai secara literal sahaja.. sasteranya lebih mendalam dari sastera yang pernah kamu tulis.. seninya lebih halus dari apa yang pernah kamu puisikan. Itu belum lagi masuk kena menguasai ilmu-ilmu lain untuk menguasai Alquran dan Hadith. Ilmu baadi', ma'ani, bayan, asbabul nuzul, usul fiqh, nahwu, sorof, balaghah, nasakh mansukh. Apatah lagi belajar agama wajib mahir bahasa arab. Bukan baca terjemahan youtube dan buku bahasa melayu sahaja

Dalam dunia ilmu zaman moden yang kita boleh dengar ilmu melalui youtube ni (tak salah dengar youtube), bukan Dr Zakir Naik dan Mufti Menk sahaja yang patut kita berpegang

Sekalipun khilaf ummah itu rahmah, tapi tokoh-tokoh ini dah dikenali dengan kontroversi aliran pemikiran dan method yang berbeza dengan mazhab kita

Imam Nawawi Rahimahulloh di zamannya walaupun sudah terkenal dan diiktiraf dengan ketinggian ilmu hatta dikatakan boleh menubuhkan (mencipta) mazhab ke-5.. dengan rendah diri dan penuh sifat tawadhu'... beliau tetap masih mahu berada dalam mazhab Imam AsSyafie'

Kita semua tak berkemampuan pun nak faham kitab-kitab besar. Nak faham satu Alquran dan jutaan hadith pun makan umur juga. Makanya ikut ulama' kita sudah lah. Ulama' mazhab kita

5 comments:

  1. tak tau jugak pasal isu ni.. adik ada cakap sikit je.. nak baca tapi dah tak ada

    ReplyDelete
  2. Suka baca entri nie.. :)

    ReplyDelete
  3. SA pun kurang paham pasal ni...

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.