13 January 2017

TAUBAT KOPI POPULAR

Ni kisah aku dengan kopi popular. Aku rasa aku terlalu sangat addicted dengan kopi popular ni sejak darjah 6

Ada la satu kedai roti canai tu baru bukak kat kampung aku, arwah ayah selalu bawak pergi makan roti canai kat situ. Lepaa terawih pun selalu pekena roti canai kat situ. Sedap sangat kot. Jadi pelanggan tetap punya pasal sampai la toke kedai tu janji nak belanja roti canai kalau aku dapat 4A dalam upsr (aku generasi terakhir upsr hanya ada 4 subjek). Dan aku dapat okkay, roti canai free tu, saje je nak kabor

Dah.. cerita roti canai tu selingan je. Aku nak cerita setiap kali ke kedai makan roti canai dengan arwah ayah, aku order air kopi popular kegemaran tu tanpa gagal, n*****e peng. Memang tak cari air lain dah.. sedap kott

Masa berlalu... laa ni dah tak minat sangat kopi yang satu ni, seriously empat atau lima bulan ada la pekena sekali. Jarang sangat

Pagi tadi nak kena drive lebih kurang 200KM pergi-balik, minumlah kopi ni konon nak kasi tahan mata mengantuk dan extra energy. Sebab nampak kopi popular ni jer kat rumah, Cinch Tea dah habis stok, vivix pun dah minum

Maa sya Allah..lama tak kena penangan kopi ni, aku rasa pening dan sakit kepala. Sebenarnya dah beberapa kali jugak rasa gini. Aku syak kopi ni mungkin dah tak sesuai dengan aku, lepas solat Jumaat tadi pun balik terus tumbang (tidur)

Ya.. memang la sedikit membantu untuk nak tahan mengantuk nak drive jauh-jauh. Kadang-kadang kalau tak minum kat rumah pun, aku buat-buat tersinggah kat stesen minyak semata-mata nak beli kopi ni dalam tin

Lepas ni nampak gayanya dah kena taubat dah minum kopi popular seantero negara ni. Cukuplah maintain dengan vivix je. Vivix pun beri tenaga juga. Sengal-sengal badan pun hilang. Kebas kaki tak menyinggah lagi.. syok jadi vivix lover ni

Vivix


2 comments:

  1. SA dah kurang minum coffee atas nasihat doc

    ReplyDelete
  2. Huhuhu ada sesetengah kopi mmg gtu..buat kita jadi pening kepala

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.