05 January 2017

Hujan lagi... tengah taip ni pun kedengaran jelas bunyi hujan kat luar rumah yang sangat menenangkan dan hilang stress. Pasti syok tidur sambil dengar terapi bunyi hujan. Tapi dalam duk tenang tu.. aku risau juga laa kot banjir melanda daerah ini pulak

Ok la kita redakan kerisauan dengan tengok menu simple ni yang sesuai dijadikan juadah musim hujan... aku masak pejam mata je (ehh terbelagak sekejap).. semua orang pun boleh buat ni

TUNA WRAP


Senang saja, goreng tuna sekejap, asingkan. Goreng pulak scrambled egg. Wrap tu pun panaskan dalam pan sekejap kasi panas.. Last sekali masukkan tuna dan scrambled egg dalam wrap. Gulung-gulung wrap, lipat kanan kiri.... dah siap

MAGGI KARI



Don't always do this at home. Tak elok untuk kesihatan.. ni time mengidam sangat. Masak cepat-cepat dan campak je. Ada nampak bawang besar seketul dalam peti, aku ricik halus dan masuk sekali. Style maggi aku haritu bubuh lada hitam banyak sikit dan kicap 2-3 titik. Telur sebiji. Air tak banyak sangat, nanti tak rasa rempah. Dah siap

UBI REBUS




Ni bukan aku yang buat la. Kawan punya. Tapi ubi ni paling syok. Layann je time hujan. Boleh terimbau zaman jepun gitu (macam la lahir zaman jepun, kan). Rebus je ubi, masuk sedikit gula dan garam kasi lemak sikit. Lebih syok lagi dicicah bersama kelapa parut, sambal tumis atau gula melaka



5 comments:

  1. Time hujan semua pun sedap. Hehe. Maggie pun rasa mcm makan sphageti.

    ReplyDelete
  2. Kena siasat kenapa waktu hujan perut sentiasa ada kugiran..hihihi...biskut tawar air milo pun nikmat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat tahun baru!!! :D


      jemput jenguk sini dan komen . tq :D http://www.yayacendana.com/2017/01/31-days-challenge-by-jdt-blogger-day-3.html

      Delete
  3. menu macam ni time hujan memang best...simple dan kenyang

    ReplyDelete
  4. Ubi rebus tu ngamm sgt tuu

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN