25 January 2017

KISAH BENAR REZEKI TAK SALAH ALAMAT

Ye.. rezeki memang tak pernah pun salah alamat. Tatkala Allah menyuruh Malaikat meniupkan roh kepada janin dalam kandungan, saat itu telah ditetapkan ajal, amal, rezeki dan kebahagiaan atau kecelakaan. Dan setelah dilahirkan menjadi manusia, akan adalah yang akan melakukan perbuatan mengikut (menuju) ahli syurga dan ada juga yang melakukan perbuatan mengikut (menuju) ahli neraka, mereka membinasakan diri mereka sendiri

Rezeki tak salah alamat kali ni berlaku petang tadi. Bukan pasal bonus shaklee baru masuk atau untung 5K harini. Tapi ni kisah rezeki nasi goreng

Ok la ni cerita last pasal makanan untuk bulan ni...Petang-petang balik kerja nak cari nasi goreng buat dinner kat rumah. Singgah la di sebuah restoran berhampiran. Ternampak list menu makanan yang digantung tu macam rare je walaupun mungkin dah biasa makan. Bijak cara dia impresskan customer

Antara nama menu rare yang aku order tu nasi goreng aladdin, nasi goreng air mata kasih dan nasi goreng ayam masak lada hitam. Setiap jenis tu aku order satu bungkus. Jumlahya 3 bungkus la


Nak dijadikan cerita, entah macam mana berlaku salah faham antara tauke restoran, tukang ambik order dan tukang masak. Aku order dengan tauke. Tauke jerit je kat tukang tulis order di dapur. Aku order 3 bungkus je, boleh pulak tukang masak tu buat lebih jadi 5 bungkus sebab dia keliru dengan tulisan tukang tulis order. Termasak lah lebih

Kesian pulak aku tengok dia kena marah dengan tauke. Aku tak sanggup duk dekat masa tu, aku duk jauh sikit taknak dia malu. Aku dengar tauke bebel kat dia "lain kali kalau tak faham, mari tanya dulu"... Mak aaii aku rasa dia dah la kelam kabut kat dapur nak masak, satu hal pulak ye nak datang tanya pasal tulisan order yang keliru

Dengan muka ketat tauke buat kiraan, akhirnya dia bagi semua nasi goreng tu kat aku.. 5 bungkus semuanya aku dapat..ermm terkesima kejap.. bayar 3 bungkus je, dapat 5. Alhamdulillah. Aku dah cuba tolak dan suggest kat dia suruh bagi kat orang lain. Kalau nak suruh bayar untuk 5 pun ok je. Tapi dia kata tak payah, sebab dia kata bukan salah aku. Aku nak tolak banyak-banyak kali pun silap haribulan kang aku pulak yang kena marah.. Jadi aku ambik jer la 5 bungkus nasi goreng tu (bayar 3 bungkus) dengan redha dan pasrah serta terkesima dalam senyuman.. hehe. Mungkin niat tauke tu nak sedekah kot

Belanja sikit la gambar rezeki petang tadi..

Nasi Goreng Ayam Masak Lada Hitam (RM 6.50)

Sedap. Ayam goreng dengan ramuan rempah tu lain dari yang lain dan dituang dengan sos lada hitam. Nasi goreng ni la aku dapat lebih 2 bungkus. Syukur

Nasi Goreng Aladdin (RM 6.50)

Tak tahu la aladdin makan nasi ni ke tak..hehe.. Daging masak lada hitam jugak. Masak ala paprik dicampur baby jagung dan kobis. Add on telur dadar. Lazat amat

Nasi Goreng Air Mata Kasih (RM 7.00)

Yang ni pun boleh tahan, ada udang celup tepung 2 ketul dan telur goreng mata kerbau serta ayam masak apa entah kat bawah telur tu. Rasa masam manis sos plum pun ada


Jumlah semua RM 20.00 dengan extra rezeki 2 bungkus. Sepatutnya RM 33.00 la kan. Takpa la syukur saja.. terima kasih tauke restoran. Tapi kan antara tauke restoran, tukang tulis order dan tukang masak, siapa yang bersalah eh.. soalan ni berlegar-legar dalam kepala aku semasa drive balik ke rumah.. hurmm

5 comments:

  1. org ckp rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari. hehe.

    syukur alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. sedap nampak yang air mata kasih tu.. telur leleh..
    rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.. kesian tukang masak tu..

    ReplyDelete
  3. Rezeki la macam tu..ye la kang bagi yang 3 bungkus lagi 2 tu x kan nak suruh dia makan kan....murah rezeki tokey tu

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.