KEK COKLAT ANIS TETAP PALING SEDAP

Tadi singgah di kedai 24 jam nak guna ATM, draw duit. Dalam hati dah berharap mintak-mintak la stok kek coklat moist anis ada kat situ sebab dah lama cari kat kedai tu diorang tak restok dan selalu tak sempat nak beli. Alhamdulillah, nampak banyak stok baharu dan aku terus grab 4 bekas buat lepas mengidam.. hehe

PILIH YANG ORIGINAL

Anischoc Moistcake claim dia yang pertama mengeluarkan kek coklat dalam bekas mini dan aku rasa dakwaan tu betul sebab mula-mula kenal kek stail gini (dalam bekas mini bentuk love) ialah dengan brand anischoc

Selepas brand anischoc muncul, makin ramai lah yang turut ikut jejak anischoc mengeluarkan kek-kek coklat stail yang sama dalam bekas mini

Tapi.....

Setakat yang pernah rasa kek-kek coklat dalam bekas lain, anischoc moistcake tiada tolok bandingnya. Rasa kek coklat anis tu masih sangat sedap macam dulu, sangat berbeza rasa dengan kek lain, kuantiti coklat banyak dan buat teringat-ingat dalam mimpi. Kek-kek coklat lain feel tu tak sampai dan makan sekali sahaja. Tak dapat nak beat kesedapan rasa anischoc moistcake. Ada tu pulak yang main buat cincai je, nak jual macam taknak jual

Kalau anischoc moistcake nak rahsiakan resipi diorang pun, diorang berhak demi nak jaga eksklusif tu kan. Mana boleh tiru



Kini anischoc moistcake dah inovasi dengan buat sedikit packaging baharu dan perisa baharu (orange flavour), rasa pun sedap seperti sediakala. Ermm memang tak cari yang lain dah

Saya tak jual kek coklat. Saya jual shaklee. Saya jual VIVIX yang original..! Yang original memang eksklusif. Ia bukan ditanak dicelah dapur dan tidak dibungkus dekat kawasan kotor. Ia dicipta saintis. Selamat dengan clinical proven dan dihantar kepada pihak ketiga untuk diuji, pihak bebas yang tiada kepentingan langsung dengan shaklee demi menjaga ketulusan

Be original.! Cari yang original.!



Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
Wani Sukarno
AUTHOR
30 January, 2017 delete

singgah sini.. selalu nampak tapi tak pernah nak terrrr beli hii.. kena beli ingat nak try jugak

Reply
avatar
nadhie wueen
AUTHOR
30 January, 2017 delete

Kalau singgah petronas memang selalu beli :)

Reply
avatar
Sue Izza
AUTHOR
31 January, 2017 delete

selalu beli time singgah petronas je hehehe...

Reply
avatar
Eyqa Zq
AUTHOR
31 January, 2017 delete

Macam sedap tp blum pernah rasa lagi. Hehehe.

Reply
avatar
01 February, 2017 delete

sedapnya! hehe

elsa singgah isi tabung

elsa cari 45 pemenang. jemput join ga elsa :*

http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/giveaway-happy-birthday-aireen-by.html

Reply
avatar
mOoN IzzaN
AUTHOR
01 February, 2017 delete

Tak pernah muak makan kek coklat anis ni.. hehe

Reply
avatar