20 December 2016

Tak Perlu Panik Kalau Nak Tukar Kad Bank

Selamat petang.. dah tukar kad bank ke belum? Ada orang sanggup meredah perjalanan, drive sejauh lebih kurang 85 KM pergi ke daerah lain semata-mata nak tukar kad bank. Berbaloikah?

Bahagia itu kita yang pilih. Dengan mengambil kira belum tentu lagi di daerah lain tu orang tak ramai, kos minyak kereta, tenaga , masa dan stress.. rasanya agak tak berbaloi untuk drive sejauh itu. Agak jauh 85KM pergi dan 85KM balik. Buat pilihan yang lebih bijak, baik bayar denda je dua belas ringgit lebih (kalau betul kena caj) dari buang masa,tenaga dan kos minyak



Lagipun, Maybank dah keluar statement, penukaran kad sebelum 31 Disember hanya untuk mengelakkan mendatangkan masalah untuk orang yang melakukan pembelian melalui kad debit. Selalu beli online atau order shaklee macam aku. Mujur aku dah tukar awal-awal kad Maybank bulan Julai hari tu

Kalau nak ambik duit (withdraw) guna kad lama, ia masih berfungsi. Tapi lambat laun kena tukar juga laa

Cuma kalau tak tahan menunggu lama dan selalu sibuk, rasanya baik la tukar kad tu selepas musim orang tengah berduyun-duyun ke bank ni sampai sanggup beratur jaga pintu bank awal-awal pagi. Buatlah bulan depan ke, bulan februari ke, mac... boleh je

Orang kata bank sesak sekarang ni sebab ramai yang buat last minit.. ermm aku rasa aku buat masa bulan Julai hari tu tetap ramai orang lah.. Berjam-jam la jugak menunggu sampai tertidur kat kerusi

Moral of the story , jangan panik dan sila bertenang. Rileks rileks sudah dan tak perlu tidur depan pintu bank selepas Subuh. Macam aku pergi tukar kad Bank Islam 2 hari lepas ambil masa 2 jam je. Sampai pukul 2 siap pukul 4. Boleh tahan la menunggu tapi bagi aku tak terlalu lama

Antara sebabnya?.. ada rezeki aku terjumpa nombor giliran yang orang buang. Aku sampai di bank je, aku dapat nombor 9207. Tetiba aku nampak 2 kertas nombor giliran yang orang tinggal/buang dekat dengan kaunter nombor. Mungkin orang tersebut tadi tak mahu menunggu lama atau mungkin dia stress tengok orang ramai. Dua nombor kat kertas tu ialah 9182 dan 9183

Apa lagi... aku anggap sudah rezeki aku nak dapat nombor lebih awal. Aku ambik je la nombor 9182 tu. Anggap jer la orang yang buang tu tolong ambik untuk aku... heheh...lagipun aku tengok keadaan sekeliling tak ada orang tua dan ibu mengandung yang menunggu.. aku ambik jer la 

Giliran nombor yang sedang berurusan di kaunter time tu pulak 9140 lebih kurang. Ada la kena tunggu dalam 40 orang lebih. Nak dijadikan cerita rezeki, dalam menunggu 40 nombor yang dipanggil tu, lebih kurang 20 nombor yang dipanggil tidak bertuan. Tak ada orang yang datang kaunter.. orang dah balik agaknya. Jadi... tempoh menunggu dan nak sampai giliran aku (9182) tu semakin singkat laa... Alhamdulillah


Akhirnya siap juga kad aku. Moralnya, jangan panik, bertenang dan tak perlu cari bank di daerah lain semata-mata nak tukar kad

2 comments:

  1. cik nor xtukar pn lagi kad maybank..maybank tmpat bayar hutang jer..kad xberfungsi pn xper..haha

    ReplyDelete
  2. mujur masa buka akaun bimb masa awal ramadhan tu dpt kad the red warriors yg dah ada mydebit

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.