16 December 2016

Pesan orang tua-tua kita memang banyak. Dari sekecil-kecil perkara sampai la hal yang besar. Semuanya kerana tok nenek kita telah melalui kehidupan yang lebih lama dari kita dan telah menempuh pelbagai liku-liku kehidupan dengan pelbagai cabaran dan dugaan

Kadang-kadang pesan itu berbentuk nasihat, leteran dan bebelan panjang. Kadang-kadang sambil marah. Anak cucu kenalah dengar. Semuanya sebab nak suruh kita jadi manusia, jadi orang berguna. Sekalipun adakalanya method dan cara itu agak salah dan kurang sesuai, akan tetapi isi penting bebelan itu tetap ada. Ia sangat mustahak untuk dijadikan azimat dalam kehidupan


PESANAN PENTING TOK

Kalau cuti panjang macam biasalah, ramai cucu berkumpul kat rumah tok. Ambil peluang cuti sekolah sesekali balik kampung. Cucu cucu semuanya hiper-aktif termasuklah si kakak baheja dan kak ngah naurah. Tok diorang macam biasalah, time penat ditambah pulak kalau tengok rumah bersepah, mainan tak kemas... ermmm memang kena la budak-budak ni bebelan tok diorang

Hurmm... dalam banyak-banyak pesan tok kat budak-budak ni, ada 1 pesanan yang penting. Pesanan ini lebih berbentuk ajaran atau asuhan sejak kecil iaitu :

 SUDAH MAKAN, BASUH PINGGAN SENDIRI..!!!

Inilah juga pesanan mak (tok budak-budak ni) sejak aku kecil. Sampai sekarang ajaran ini terlekat dalam benak fikiran dan amalan seharian. Sampai dah rasa malu dan bersalah kalau makan tak basuh pinggan. Rasa berdosa jer kalau main letak je pinggan tu kat sinki. Lebih teruk kalau dibiarkan atas meja makan macam tu je... amboiii ingat ada orang gaji kaa.. Kucing pun pandai kambus lepas berak. Kalau kat kedai, takpe la kan


Antara pesanan atau amaran asuhan tok kat budak-budak ni ialah jangan makan atas tilam, tilam hanya tempat tidur, jimatkan elektrik, tutup lampu mana-mana bilik atau kawasan yang tak guna, awal pagi tak boleh tengok kartun sebab tok nak tengok Tanyalah Ustaz TV9, lepas main kemas, jangan tidur lewat (budak-budak ni kalau dah ralit main, sembang sampai pukul 4 pagi pun boleh, macam manalah tok tak marah)

Balik kampung...ingat pesan tok tauu..!

5 comments:

  1. Yang bab basuh pinggan tu nenek Nani sokmo jugak pesan. Kalau tak basuh, hah siaplah dengar dia bebel. Heheh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita geng kak nani. hehe ni muka2 yg akan bertapa depan sink yg penuh pinggang mangkuk

      Delete
  2. sudah makan basuh pinggan sendiriii..yaaa..

    ReplyDelete
  3. Betul..dah makan cuci pinggan sendiri..simple tapi kadang pun tak terbuat..alahai..arwah nenek PC selalu pesan pada cucu cucunya..lelaki ke perempuan sama...belajar dan kena rajin cuci pinggan..

    ReplyDelete
  4. heh..heh..ingat pesan tok tu

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN