11 November 2016

MANIFESTO DONALD TRUMP

Satu line penting yang meniti di bibir trump semasa berkempen untuk jawatan presiden negara terrorist sebenar, amerika ialah :  “Make America Great Again”

Itulah moto utama trump dari parti republican yang didokong kuat oleh zionist dan illuminati, sehinggakan penentang trump menggelarkan dia dengan ayat trump is clearly a zionist puppet



Manifesto donald trump :-



Imigrasi

  • Menghantar kembali pendatang dari Mexico dan anak mereka yang tidak melalui penguatkuasaan bermula dengan mereka yang mempunyai jenayah berat
  • Membesarkan tenaga kerja Imigresen di USA
  • Bina tembok di sempadan Mexica-USA dan meminta Mexico membayarnya
  • Segera menggantung kemasukan individu dari negara bergolak dengan pengganas sehingga terdapat mekanisma mengesahkan tahap keselamatan pendatang tersebut
  • Block semua orang Islam yang masuk ke USA
  • Mengisytiharkan Baitul Muqaddis sebagai hak mutlak si pendatang haram israel

(hurmmm elok la jugak tu, lepas ni orang Islam tak payah nak melancong ke amerika sangat... dekat passport kita pun dah boleh tambah cop kat belakang tu, negara yang haram dimasuki , israel si pendatang haram dan amerika)

Perdagangan
  • Menarik diri dari TPP
  • Runding kembali North American Free Trade Agreement
  • Meningkatkan tarif import dari China sebanyak 45%.

Peraturan dan Undang-undang
  • Menghentikan jenayah
  • Mengurangkan keganasan melibatkan senjata api.

Kesihatan

  • Menyediakan khidmat kesihatan yang lebih murah... (yang ni Malaysia boleh contohi)
  • Menghukum doktor yang melaksanakan pengguguran haram
  • Mengemaskini Sistem Kesihatan Mental Amerika kerana berpendapat ini akan mengurangkan jenayah amukan senjata api di tempat awam

Pertahanan
  • Memperbaiki hubungan dengan Russia dalam menentang ISIS
  • Meningkatkan bajet menaiktaraf ketenteraan Amerika untuk menyaingi Russia dan China
  • Mana-mana negara yang mendapat manfaat keamanan dari USA perlu membayar kos operasi ketenteraan tersebut
  • Usaha menghapuskan ISIS diperkuatkan melalui Tentera Bersekutu
  • Melaksanakan perang cyber bagi menghalang propaganda ISIS... 
ekk elleh... isis tu bukan ciptaan korang ke?

Senjata Nuklear
  • Berunding dengan Korea Utara untuk menghentikan program Nuklear yang akan membuka ruang hubungan dua hala negara yang lebih mesra
.
Kini hanya berbaki sekitar sebulan setengah sahaja lagi sebelum trump menjalankan tugas rasmi sebagai presiden pada Januari 2017. Sekarang trump sedang sibuk menyusun semula pentadbiran White House dan membuang segala corak pentadbiran obama si pembunuh Osama

Kita semua sibuk apa? Sibuk nganga jer la... nganga positif?.. Positif yang tak bertempat. Kata... nak lawan amerika, Subuh pun subuh gajah, dengan selimut sehelai pun selalu tewas.. kan

1 comment:

  1. Blok semua orang Islam di US..orang Islam sedia ada di US terbelakah nasib mereka(merisaukan)..dan selepas ini tidak dibenarkan juga kah pelajar lslam untuk melanjutkan pelajaran di US..ermm interesting nih..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.