10 October 2016

Puji Anak Walau Hasil Tak Sempurna Kehendakmu

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Lama tak story..hehe..nak cari alasan apa ni selain sibuk ye. Memang agak sibuk 4 - 5 hari ni. Ok la ni dapat idea dari cetusan rasa seorang abuya terhadap anak-anaknya. Abuya tu akula

Suatu petang minggu lepas, abuya balik lewat, sampai rumah hampir maghrib dan  merasakan badan letih sangat, rasa dari mula perjalanan nampak katil je nak rebahkan badan, rasa kalau lah ada bidadari bawak aku terbang terus ke rumah, cepat-cepat nak sampai, nak drive dah tak larat...sangat

Sampai je kat rumah, tak sempat cari anak-anak entah kat mana diorang, fikirku mungkin duk tingkat atas tengah tengok kartun. Aku dah ready cari katil dulu...baru je nak rebahkan badan tiba-tiba ternampak tiga objek yang dihasilkan kakak baheja di sekolah dia



Masya Allah... dah lama anak aku tunggu aku balik rupanya.. dah siap susun cantik nak tayang kat abuya dia ni. Aku sengih je sorang-sorang, macam ada rasa sedikit berair kat hujung mata tapi tak tumpah. Dah besar anak aku rupanya, dah boleh pegang gunting, lukis, potong kertas, tempek gam, color, dah kreatif

Tuhan hantar dan hembuskan rasa teringat , rupanya petang ni balik tak peluk cium anak lagi, tak dengar cerita-cerita diorang lagi, tak usap dahi, tak gurau senda lagi, tak geletek-geletek lagi, belum main-main selfie lagi dengan diorang..Pentingkan diri sendiri je aku kan.. terus nak tidur?huhu. Lepas tu terus laa segar balik mata, hilang penat sekejap. Abuya dah puji tau 3 biji objek hasil kreatif kakak di sekolah tu tau

Anak tunggu nak bercerita dengan kita, nak kita puji dia, biar sesuatu hal tu tak perfect macam kita harap, macam kehendak kita, tapi ia dah cukup sempurna bagi diorang. Nampak remeh temeh bagi orang dewasa, cukup besar bagi anak-anak. Diorang buat dengan usaha, sungguh-sungguh buat dengan impian dan imaginasi diorang

Puji la sikit, nanti bila dewasa In sya Allah diorang akan pandai menghargai. Menghargai ibu bapa terutamanya. Putaran alam tak lama pun, apa yang dituai , itulah yang terhasil

Nanti bila kau tua terketar-ketar nak jalan, jangan menyesal jika kau pula diherdik dan tak dipeduli kerana kau sendiri tidak pernah memuji dan menghargai. Nau'zubillaahi min zaalik

Putaran alam tak lama...sama-sama ingat tu!

4 comments:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.