29 October 2016

Kari Sempena Deepavali

Cuti Deepavali nohh harini. Boleh balik kampung lama-lama sikit sambil menikmati juadah enak emak

Kebetulan dengan Deepavali agaknya mak mengidam nak masak kari ikan. Kari mix ikan kerisi dan tenggiri. Marvellous gitu.. Kari light-light sahaja, takder la tajam menusuk macam di restoran mamak. Sebab kari ikan yang ini kitorang buat makan nasi lemak.. Macam gulai pun ye jugak.. resipi tak sempat nak intai, tahu mentekedarah je... hehe


ni baru selesai dimasak

setelah beberapa ketika sesudah kitorang breakfast tadi...

Dulu time balik kampung tok kami (sebelah mak) di Kuala Muda, Seberang Perai, memang tersohor la nasi lemak gulai ikan macam tu. Setiap kali breakfast selalu duk pi beli nasi lemak tu aje. Tak dapat dipastikan pulak sama ada ia dikenali di Kuala Muda sahaja atau seantero Penang. Sekarang dah jarang balik Kuala Muda Seberang Perai. Tok dan mak saudara pun dan pergi tak kembali

Yang tinggal cuma kenangan mengusik jiwa. Kenangan nasi lemak gulai ikan , kenangan pagi-pagi raya kedua duk cari kepah kat laut Kuala Muda. Lepas tu mak ngah buat cekodok kepah, perghhh sedap woo. Rumah penduduk situ pun dekat-dekat, rapat-rapat, atap saling tersentuh. Duit raya pun selalu banyak kitorang kumpul..huhu

4 comments:

  1. Wahhh... menyelerakan...

    Btw jemput join giveaway saya! Hadiah Shade Dough [Lip Bait] Hanis Zalikha utk 5 pemenang!
    http://www.bajuwarnacoklat.com/2016/10/giveaway-shade-dough-by-hanis-zalikha.html

    ReplyDelete
  2. Deepavali memang ada kari.

    from:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. sedapnye kari ikan ..mkn ngan sambal belacan sedap ni

    ReplyDelete
  4. Wahhh kari kari kari .. layan jer laa

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.