14 September 2016

Cuti Raya Di Kampung

Raya Aidil Adha kali ni balik kampung. Kampung tu rumah mak aku la. Rumah tok budak-budak ni. Cuti pun lama, masuk cuti sekolah sekali seminggu. 

Balik berkumpul adik beradik dan anak-anak buah. Riuh rendah satu rumah gegak gempita dibuatnya. Tu belum campur suara tok membebel lagi sebab cucu-cucu sepahkan rumah... heheh... Sebenarnya dalam bebelan tok diorang tu kan , tok suka je cucu semua balik , penuh satu rumah, sekali sekala memecah kesunyian

Antara benda menarik yang selalu memeriahkan rumah tok ialah tentunya juadah-juadah enak yang silih berganti. Kena pulak dengan raya korban. Jamu daging je la 2-3 hari ni... adoiii... nasib baik dah awal-awal blok kolesterol jahat dengan PHYTOCOL... risau la jugak, kesihatan jantung kena jaga elok-elok

daging korban... normal la kalau buat sup gear box.. tapi aku tak gemar sangat sedut-sedut ni, tak suka isi lemak-lemak lembik tu, tak boleh telan... serius ni eh.. aku makan isi daging tu je

anak-anak buah duk jamu sup gear box.. err sukanya korang ehh

rendang kakak.. marvellous... cicah dengan ketupat

jangan ingat aku tak tahu balut ketupat okay... balut je la walaupun takde seni dan skill.. rupa balutan tu tak penting sangat kan, rasa ketupat tu yang penting... haha

haa kan dah cakap...rupa tu nombor dua, yang utama ketupat sedap.. 

western pun ada... makaroni bakar.. nanti la buat entri resipi seterusnya 

lontong... 

nasi beriyani mak with love & blessing

kakak baheja & cuzzies

ni baru suku dari anak-anak buah.. sibuk masing-masing nak pergi taman... nak naik kereta tak muat..pak long diorang angkut dengan lori haa...
mujurlah tok diorang bisnes perabut, ada la jugak lori penyelamat nak usung budak-budak ni..
cari mana satu baheja..?

DISH WASH dan BASIC H

Musim raya ni orang banyak guna periuk, belanga, kuali nak rewang-rewang, masak-masak banyak untuk family kan. Kadang-kadang memang menguji kesabaran jugak la nak menyental semua tu

Patutlah akak customer kita ni awal-awal lagi dah tempah DISH WASH dan BASIC H ni sebelum raya

Dua menda alah tu pencuci serbaguna TANPA BAHAN KIMIA , tak melekit di tangan, lembut dan wangi... kurang kerja menyental, jimat tenaga, jimat penggunaan dan tahan lama..

BASIC H tu boleh cuci macam-macam...yer la nama pun pelbagai guna..lantai,kuali,tingkap,sembur tanaman pun boleh guna basic H

Tengok TESTIMONI BASIC H.. harus tergamam... hehe

Salam 'Eidul Adha
TaqobbalAllahu minna wa minkum

1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.