29 August 2016

Tertidur Dalam Khemah Kesayangan

Kalau beli mainan kat budak-budak ni , agak-agak berapa lama boleh bertahan? Bertahan dari kehilangan dan kerosakan yang nyata. Tu belum lagi masuk bab diorang duk ambik senyap-senyap (tanpa kita sedar) bawak mainan pergi taska... Berkongsi main dengan kengkawan tu sikap yang bagus dah, tapi kalau terlampau pemurah sangat budak-budak ni kan, kering jugak la poket abuya ni kalau asyik nak kena beli mainan yang baharu. Abuya ni kadang-kadang tak mampu nak tolak pujukan anak-anak... hehehe kesian...  Kadang-kadang jer buat hati kering, kena berani juga untuk kata 'tidak' kat anak-anak sebab kena ajar diorang rasa kehilangan dan kesusahan. Bukan semua benda dalam dunia ni boleh dapat dengan mudah ye anak-anakku sayang. Tak boleh main asal petik je boleh dapat. Jangan manja sangat. Kita belum jutawan lagi.. hehe


Dua tiga minggu lepas beli khemah cantik ni haa. Asyik duk mintak je. Beli satu buat lepas hajat. Suka sangat la bebudak duk bergolek-golek dalam tu. 



Siap boleh bawa kucing kesayangan dia lagi , feeling macam dalam rumah impian dia la kot



Time kakak dah tidur awal dalam bilik laa baru adik boleh duk sorang-sorang, tak berebut





kakak dah tidur... horreyyy... amannya main khemah sorang-sorang.... huhu


layan perasaan... dah hampir mengantuk ni


akhirnya... tertidur


Khemah ni la antara mainan yang masih belum musnah mungkin kerana faktor besar dan kukuh untuk dihancurkan atau dihilangkan. Tu pun dah senget sikit dikerjakan budak-budak ni. Orang main rumah-rumah, , diorang duk main bergolek-golek guling-guling dengan khemah, alamatnya makin singkatlah hayat khemah cantik ni.. abuya tak nak beli yang baharu dah ehh...

10 comments:

  1. bli lagi bsar la..hihi

    ReplyDelete
  2. comelnya, kaler pink lagi..anak-anak akan explore dunia mereka sendiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu ana... bahejabella & pink memang x dapat dipisahkan...

      Delete
  3. amboiiiii dok berkhemah dlm rumah ,comey sgt khemahnya,besar nanti meh ikut camping dlm hutan lak eh heeeheeee

    ReplyDelete
  4. hehehehehe... comel ja... hehehehe....

    ReplyDelete
  5. Wah...sampai tertido baheja eh..dah besar plak dia sekarang ni...

    ReplyDelete
  6. hai abuya...sama lah kita kadang tewas pujukan anak-anak....


    seronok dia main sorang-sorang...abuya tumpang main tak? hehe

    ReplyDelete
  7. tu diaa. siap tidur dalam tuu haaa.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.