14 August 2016

Happy Birthday Kakak Baheja

Tanggal 4 Ogos 2011 , bersamaan 4 Ramadhan 1432 Hijriah yang lalu , masih segar dalam ingatan waktu sahur itu , detik-detik isteri menahan kesakitan , keluar tanda untuk melahirkan anak sulung. Dengan kelam kabut , gelabah tak ingat tu menuju ke hospital, pecut macam ferrari, minyak selusuh pulak boleh tumpah dalam kereta. Dah la time tu pukul 7 pagi , berebut jalan dengan orang ramai nak pergi kerja. Sampai hospital kena cari parking pulak. Sampai je dalam wad, nurse bagitahu tak boleh tolak masuk wad bersalin lagi , kena turun bawah pulak kena selesaikan pendaftran dan bayaran serta ambil resit. Turun naik turun naik jer la aku ni. Tunjuk resit baru boleh sumbit wad bersalin

Manis sungguh saat-saat perasaan pertama kali menjadi orang paling gembira di dunia dengan kelahiran kakak baheja, si anak sulung. Alhamdulillah , Allah bagi mudah semuanya, selesai kelahiran lebih kurang jam 8.30 pagi, barulah teringat nak mesej guru besar bagitahu isteri bersalin , mohon budi bicara cuti sehari. Kenapa sehari? sebab masa tu baru praktikum , belum sah lantikan lagi, tak ada cuti-cuti 7 hari untuk suami, dapat sehari pun dengan ihsan guru besar. Sadis kan...huhu.. Mujurlah beranak hari Khamis, sempatlah 3 hari duduk rumah lama-lama sikit (Jumaat & Sabtu cuti) , hehe

hari cukur kepala

fasa meniarap dan bergolek-golek

Sekarang dah 5 tahun. Pejam celik pejam celik , kakak dah jadi kanak-kanak tau. Zaman gomol-gomol, lambung-lambung, acah-acah, geram-geram pipi, tangan selembut sutera, bertatih asyik jatuh mungkin dah berlalu. Tapi kakak tetap baby di hati abuya dan bonde tau. Sayang tak kurang , kasih belum hakis. Cuma sekarang selalu gaduh dengan abuya.. Asyik dia jer nak menang... Jangan cepat sangat jadi remaja sayang, tak puas lagi nak gaduh-gaduh dengan kakak




style tak?

once upon a time in the island

birthday bonde dia pun dekat dengan tarikh kakak...
3 Ogos.. selang sehari sahaja..
(pandai tak aku plan tarikh dekat-dekat... haha)

Allah Jua Maha Perancang Terbaik

kena la beli dua biji kek... nanti salah seorang merajuk pulak..
(laaaaariiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkk.....)

belajar rajin-rajin kakak, nanti jaga bonde dengan adik-adik ye

happy birthday kesayangan-kesayangan-kesayangan

kena gi sekolah, perjumpaan ibu bapa dan guru..
ermmm... dah jadi kanak-kanak rupanya anak aku ni... 


Suatu hari kakak akan berhenti...
Ya , sampai masa , cukup time , kakak akan berhenti. 

Kakak akan behenti merengek tak keruan tengah-tengah malam. Kakak akan berhenti berak kencing bocor atas tilam, muntah dan cirit birit. Kakak akan berhenti gelak ketawa dan teletah yang menghiburkan, mencuit hati. Kakak akan berhenti bertanya soalan yang sama berulang kali. Kakak akan berhenti bercakap-cakap untuk dapatkan perhatian abuya dan bonde. Mungkin nanti kakak dah taknak berjalan erat berpimpin tangan abuya. Mungkin saat tu tak boleh gomol-gomol lagi, tak boleh lambung-lambung lagi, mungkin time tu nak geletek-geletek pun dah segan. Kakak akan berhenti nak itu nak ini. Semua tu akan jadi kenangan dan kerinduan aku

Selamat ulangtahun kelahiran sayang. Love you 


3 comments:

  1. Selamat ulangtahun kelahiran Baheja sayang.Kamu adalah saham untuk abuya dan bonde.Jangan dipersia peluang yang ada.Moga menjadi zuriat yang berpegang janji pada Pencipta.

    ReplyDelete
  2. wahhhh baheja dengan bondenya beday bulan Ogos juga ye. geng le dengan den. hehehe. happy belated birthday baheja. moga jadi muslimah yang beriman berbakti kpd ibubapa, agama & negara ye. amin :)

    ReplyDelete
  3. hepy besday dear...semoga ,membesar menjadi anak yang solehah

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.