16 June 2016

Resipi Berbuka Puasa Simple

Bulan ini mesti ada resipi berbuka puasa simple dalam ni. Almaklumlah bulan puasa. Duk layan baram (bazaar Ramadhan) pun cemuh jugak... Sebahagiannya kualiti ala kadar (maaf la cakap ye) ... Lebih enak masak sendiri.. Menu atau resipi berbuka puasa simple versi aku mudah semudah mudahya. Kadang-kadang tak plan pun. Selongkar apa yang ada dalam peti je.. pandai-pandai la nak improvisasi.. hehe

Resipi Berbuka Puasa Simple

Kali ni buat wrap & roll. Kebetulan ada roti wrap massimo dalam peti tu. Alaa entri tadi kan cerita fasal  shawarma tepi jalan tu. Sekarang terus rasa nak buat wrap ala-ala shawarma la

Bahan utama pun senang je. Wrap, ayam, telur.. Perasakan dengan kicap manis, sos tiram dan sos lada hitam. Masak kering dan tidak berkuah sangat


Panaskan roti wrap dalam kuali ajaib 

Ayam ni sebenarnya yang beli semalam di bazaar.. ayam goreng berempah. Daripada membazir begitu sahaja, baik fikir idea nak masak.. haa..
carik-carikkan ayam tu dan panaskan dalam magic pan

Masukkan sos lada hitam , sos tiram , kicap manis. Add on sedikit sos thousand island pun boleh..
Dalam 10 minit camtu, masukkan telur dan gaul sekali
 
Dah siap letak dalam roti wrap... Lepas tu roll kan dia.. Sepatutnya nak tambah salad & keju cheddar. Tapi semua dah habis stok dalam peti. Redha je la

Ready... 1...2...3

bunyi azan...

Allahu Akbar... Allahu Akbar !

Sedikit pesanan penaja. Cadangan waktu hidangan tidak tertakluk pada tajuk. Boleh sahaja dihidangkan ketika sahur atau moreh atau hari raya pun boleh kot

Selamat berpuasa



3 comments:

  1. Simple..sedap dan jimat...boleh ditambah sayuran juga ni..

    ReplyDelete
  2. aduhhh..nampak cam sedap je resipi..nnti nk try buat lah..

    ReplyDelete
  3. wahhhh senang ,bagus tak membazir

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.