24 June 2016

Pertama Kali Rasa Musang King

Aku bukan la hantu durian sangat. Bak mai lahhh promo gempaq-gempaq durian , musang king ke , durian telur buaya ke, ermmm... tak teruja sangat walaupun Pasar Payang tu dekat je pun

Tadi je si kakak baheja ni ajak beli durian.. Haritu syok tengok kawan tayang dalam fb depa duk makan durian berjemaah kat Pasar Payang tu.. Tanpa fikir panjang, selepas terawih, pegi la jenjalan dengan baheja pusing-pusing Pasar Payang sambil cuci mata booth-booth orang jual baju raya sekitar tu. Saje je tunaikan hajat. Nanti kempunan

Dalam hati dah niat nak try musang king. Sejujur jujurnya memang tak pernah makan lagi durian musang king ni. Apatah lagi nak beli... Kitorang biasa makan durian-durian di kebun keluarga je.. Kalau kena gaya , silap haribulan, durian biasa pun boleh sedap setanding musang king


Tudiaaa..suasana di Pasar Payang. Satu deretan sepanjang jalan penuh orang jual durian. Siap disediakan meja dan kerusi untuk santai-santai atau yang dah tak sabar nak makan durian kat situ. Terbaik la


Harga musang king antara RM30-RM35 sekilo. Makkk aiii....kempis jugak rasanya poket aku ni. Erkkkk.... Aku beli dua biji je. Satu musang king dan satu biji durian D24. Ngam ngam pulak tu, sebijik sama dengan sekilo


Sampai rumah , kami menikmatinya dengan tenang sekali. Sebab mahal sangat, makan slow-slow laa. Sedap? Ye.. memang sedap. Esok dah kena start kumpul duit ni , bulan depan boleh beli lagi..hehe


Selesai moreh kita malam ni. Ini lah hantu durian sebenarnya. Kakak baheja kesayangan abuya ni haa.. pantang nampak durian, wajib disuruh beli. Harap-harap la esok dia tak ingat yang dia makan durian semalam dan tak suruh beli lagi.. haha...

Selamat berpuasa!


3 comments:

  1. Sekarang ni musim durian ramai yang post pasal durian ni. hehe. Sayang saya plak tak makan durian. haha

    ReplyDelete
  2. sebab mahal kena makan slow2 menikmati.. ya saya dapat rasakan tapi beli hari tu sebiji rm50 mcm x berbaloi plk.. 4 ulas dlmnya.

    ReplyDelete
  3. hadoiiii Baheja kan main feeling makan doyan..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.