Tadi ada kenduri rumah kawan. Dekat area Jertih. Aku kalau lalu je Jertih ni sebelah petang memang tak sah kalau tak beli pau. Pau ayam yang sedap dan tersohor sejak berdekad lamanya
Pau ni nostalgia tau. Seingat aku, sejak kecil lagi arwah ayah selalu beli pau ayam Jertih ni. Diusahakan oleh seorang pakcik (tak tahu nama) dan anak-anaknya yang menyambung legasi bisnes pau beliau
Bagi aku , pau ayam dia sangat lazat, finger licking good orang Jawa cakap. Inti ayamnya seketul-seketul dapat dirasa dan tidak langsung dicampur dengan ubi kentang. Harga pun murah, RM 1.00 sahaja untuk sebiji pau ayam. Bukan macam sebahagian pau ayam yang lain, banyak ubi je dari ayam... 90% ubi... Ayam pula halus-halus... Kadang-kadang tak jumpa ayam langsung..he..he
Tudiaa pau panas-panas lagi... Terasa aroma wapnya... Selain inti ayam, ada juga pau kacang dan pau kaya... tengok alat pengukus pau buluh dia, legend tu..
Enak dimakan begitu sahaja di dalam kereta. Dulu-dulu ayah bawa balik makan kat rumah , kitorang cicah dengan sos pun sedap
Kalau nak ke Jertih atau Kota Bharu ikut jalan darat , jangan lupa singgah beli pau ni te... Tapi pastikan waktu lepas Asar dalam pukul 5 petang gitu....
Pau ni nostalgia tau. Seingat aku, sejak kecil lagi arwah ayah selalu beli pau ayam Jertih ni. Diusahakan oleh seorang pakcik (tak tahu nama) dan anak-anaknya yang menyambung legasi bisnes pau beliau
Bagi aku , pau ayam dia sangat lazat, finger licking good orang Jawa cakap. Inti ayamnya seketul-seketul dapat dirasa dan tidak langsung dicampur dengan ubi kentang. Harga pun murah, RM 1.00 sahaja untuk sebiji pau ayam. Bukan macam sebahagian pau ayam yang lain, banyak ubi je dari ayam... 90% ubi... Ayam pula halus-halus... Kadang-kadang tak jumpa ayam langsung..he..he
Jual dengan van je. Van itu lah yang aku selalu lihat sejak kecil. Lokasi pau ayam Jertih ialah berhampiran bangunan Maybank, Anakku dan KFC... Betul-betul dekat dengan simpang empat tengah-tengah bandar Jertih tu. Start niaga dalam pukul 5.00 petang gitu sampai la ke malam
Yang ni satu lagi cawangan pau Jertih. Diurus oleh anaknya. Kedai kecil je tapi bisnes maju. Lokasinya hanya bersetentang, seberang jalan arah berlawanan dengan lokasi van tu tadi. Aku beli kat sini sebab aku dari arah Kelantan menuju Kuala Terengganu.. Bro baju biru tu bukan aku laa...
Enak dimakan begitu sahaja di dalam kereta. Dulu-dulu ayah bawa balik makan kat rumah , kitorang cicah dengan sos pun sedap
closed up
Kalau nak ke Jertih atau Kota Bharu ikut jalan darat , jangan lupa singgah beli pau ni te... Tapi pastikan waktu lepas Asar dalam pukul 5 petang gitu....
Mesti legend lan kedai pau ni :)
ReplyDeleteSedapnyaaa pau !
ReplyDeleteSalam jauh sangat nak pi beli kalau kat area ktganu dah pi rasa dah
ReplyDelete