08 June 2016

Kenangan Terlalu Indah Ramadhan Di Negara Orang

Katanya bidalan.... hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri... Itu memang betul, jauh mana kepergian , mana boleh lawan asal usul tanah tumpah darah. Tapi... kalau ke negeri orang, gali dan kutip la sebanyak-banyaknya emas dan bawa la balik ke negeri sendiri... tak gitu

Pengalaman tu sangat mahal dan priceless. Tak semua orang berkesempatan dan berpeluang. Ada duit berjuta pun belum tentu dapat pengalaman dan kenangan termanis

Berpuasa Di Mesir

Entri tahun lepas ada dah aku cerita sedikit.. Ermmmm... pelbagai cara dan budaya di negara-negara Islam menyambut ketibaan bulan Ramadhan... Di Mesir, persediaan rakyatnya untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan sangat meriah. Betul-betul berpesta. Bukan pesta seronok-seronok lagha, tapi sedia nak berpesta ibadah. Yer laa.. setahun sekali kan. Lebih meriah dari hari raya aidilfitri...

gambar google

Lampu funus a.k.a lampu Ramadhan dah mula dijual di pasar-pasar sebelum Ramadhan. Bila di ambang Ramadhan , lampu-lampu tu dipasang di sepanjang jalan sepanjang Ramadhan.. Lampu pula macam-macam rekabentuk dan unik. Di bandar dan di desa bergemerlapan cahaya. Ada juga yang pasang di rumah. Indah sangat. Memang terasa bagai pesta

Tiada kuliah di universiti semasa bulan puasa. Tutup. Kuliah pengajaran tradisi di masjid-masjid juga kebanyakannya cuti juga. Kalau ada pun rare sangat... Bulan puasa kalau kebetulan sama dengan musim sejuk, ok la sikit. Tapi kalau kena musim panas memang agak sedikit letih. Subuh kadang-kadang pukul 3.30 pagi. Pukul 4 pagi dah siang. Puasa mencecah hampir 15 jam

Subuh awal , sebab tu kebanyakan kitorang kadang-kadang memang tak tidur lepas Isyak. Terus tunggu Subuh je. Sebab dah dekat sangat waktunya. Malam tu isi lah dengan hal-hal yang berfaedah dan berpahala. Jangan la merayap tak tentu hala... erkkk.. Kadang-kadang lepas Terawih, ada yang bersukan... keluarkan peluh sekejap, lepas gian petang hari tak berpeluh, takut letih. Bersukan pun ibadah, kan

Juadah berbuka puasa , kalau kat asrama kami, memang tak perlu pening kepala... Sebab ramai dermawan arab yang selalu bagi makan, sponsor untuk satu asrama tu sebulan.. Kita cuma perlu turun bawah hostel dan ambik..Kalau tak jemu makanan arab , boleh la jimat duit sikit dengan makanan sponsor tu.. Syukur Alhamdulillah

Kalau jemu atau rindu Malaysia, masak la sendiri dalam bilik.. kalau nak mempraktikkan amalan tradisi kita bertukar-tukar juadah dengan kawan-kawan yang masak pun boleh... lagipun kalau dah masak dalam bilik, mesti berbau satu floor tu kan... Apatah lagi kalau masak yang banyak rempah... Bilik pulak rapat-rapat... (hangpa jangan bagitahu warden nahh, sebab masak dalam bilik dan memiliki dapur dilarang sebenarnya)... Nasib baik tak pernah kantoi.. hehe...

Ada juga bazaar Ramadan ala-ala Malaysia, diusahkan sendiri oleh pelajar-pelajar.. Murtabak , popia, lompat tikam, rojak , onde-onde , nasi tomato, nasi ayam pun ada... Tapi tak la semeriah bazaar sini.. Ala kadar jer, beli tolong kawan-kawan bisnes dan lepas hajat rindu kuih-kuih Malaysia.. Boleh laa

Terawih... Masjid kadang-kadang dibina dalam jarak berdekatan sahaja. Yerlaa populasinya sangat padat.. Jadi suara-suara bacaan Imam memang meriah kedengaran.....

Time ni ambik peluang nak jelajah masjid sekitar Cairo... yang dekat pun pergi , yang jauh pun pergi.. Kalau nak pergi jauh-jauh tu naik bas la.. Bacaan kebanyakannya panjang-panjang walaupun ada juga yang express macam di sebahagian tempat negara kita..

Ramadhan di sana sangat hidup... syoknya kenangan itu...

idea dah tepu ni, nanti kalau ada tambahan kenangan puasa ni, kita edit balik... haha..nanti kita cerita lagi...ok.. selamat berpuasa

7 comments:

  1. wah lain ye suasana di sana..tapi mesti meriah..

    ReplyDelete
  2. salam ,
    seronok ada kenangan gitu

    ReplyDelete
  3. Sangat berbeza dari Malaysia ya...

    ReplyDelete
  4. salam ramadan cikgu...ndahnya kenangan lama kan.

    ReplyDelete
  5. keindahan yang terakam indah..syukur kepada yang berpeluang untuk merasai suasana ramadhan di negara orang...

    ReplyDelete
  6. berdoa agar dapat jejak kaki suatu hari nanti.. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. seronok baca.....untung berpeluang merasa ramadhan di negara orang....pengalaman itu mahal harganya

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.