13 June 2016

Apa Nak Buat Bila Bateri Kong

Ada la beberapa kali kereta aku mengalami bateri kong. Kong tu apa maksud? Kong tu rosak , mati , tak hidup , punah dan sumpamanya. Masa mula-mula nak memiliki kereta sendiri dalam kehidupan , beli satu brand kereta ni walaupun telah mendengar banyak kisah yang kurang enak fasal brand tersebut. Akhirnya tak sampai setahun , memang betul ada beberapa masalah antaranya cermin tingkap tak boleh naik dengan elok termasuklah bateri kong

Kisah Aku dan Bateri Kong

Tapi nasib agak baik ketika kejadian , berlaku bukan la di tempat dan masa yang tidak diingini seperti di highway atau ketika kecemasan. Ia berlaku di rumah dan sekali ketika ziarah rumah adik di Petaling Jaya. Tiba-tiba sahaja tak boleh start. Nasib baik lagi bila bengkel kereta dekat saja dengan rumah. Alhamdulillah

Kejadian Bateri Kong Terbaharu

Sekarang dah bertukar kereta lain. Kebetulan pula time ramai yang tengah nak bercerita fasal bateri kong ni , minggu lepas , 18 Mei 2016 , bateri kereta aku kong. Cemas dan gelabah tahap dewa juga la sekejap. Mujur parking di kawasan orang ramai dan di area kampung aku sendiri. Terserempak dengan orang kampung aku, dia banyak tolong , siap tumpangkan aku naik kereta dia, ajak aku pergi bengkel, singgah rumah ambil  jumper , akhirnya boleh la start balik. Alhamdulillah , jutaan terima kasih buat abang Rashid (kalau tak silap nama dia)

terima kasih abang rashid , jasamu dikenang


Rupa-rupanya aku baru teringat, bateri kereta tu belum ditukar lagi sejak hampir 3 tahun aku pakai kereta tersebut. Aku pun confident je memanjang , tak teringat fasal bateri kereta. Banyak sangat pikir menda lain kot (baru ni pergi berurut, tukang urut kata banyak urat stress, grrrrrr). Lepas kereta dah boleh start, terus pergi bengkel terdekat, ermmm melayang jugalah RM 250 ganti bateri baru. Nasib ada cash, cukup-cukup pulak tu. Terpaksa cancel hajat nak shopping

Kalau Ada BATERIKU.COM

Bateriku.com , i wish you were here. Saat-saat genting seperti kejadian yang aku alami sendiri tadi tu , kadang-kadang terfikir alangkah bagusnya kalau ada perkhidmatan bergerak tukar bateri kong dekat kawasan aku, kan. Malang tak dijangka, manalah tahu kena time ada meeting , kecemasan atau di kawasan-kawasan yang mengerikan tengah-tengah malam hari, mahunya tak gabra


Apa Itu BATERIKU.COM

Bateriku.com tu dalam bahasa mudahnya perkhidmatan penghantaran, pemeriksaan & pemasangan bateri kereta di lokasi kejadian , 8:00 PAGI - 11:00 MALAM 365 HARI/ SETAHUN . Barang baik punya , jimat masa kita , harga berpatutan dan murah pula tu. Berbaloi-baloi

steady bro ni , lega bila dah tukar bateri baru

tekun melihat kecekapan team bateriku.com

bateriku.com memang terbaik

Bateri Kong Di Putrajaya Dan Kawasan Sekitar, Hubungi BATERIKU.COM




TALIAN BEBAS TOL1-800-22-2324
  
ATAU

Whatsapp / SMS : 012- 245 8027 
untuk area Putrajaya dan sekitar Lembah Klang

019 - 699 8279 - Johor Bharu 
012 - 685 8727 - Negeri Sembilan 
018 - 202 6153 - Melaka

Keistimewaan BATERIKU.COM

1– Harga bateri kereta murah – harga kilang!
2 – Penghantaran, pemeriksaan dan permasangan percuma , hanya perlu bayar harga bateri sahaja
3 – Buy back bateri lama anda dengan harga yang tinggi. Jangan buang begitu sahaja!
4- Bilangan Kru Trooper dan Aset yang besar
5- Lebih daripada 4,000 pelanggan yang berpuas hati
6- Penghantaran ke lokasi kejadian, di pejabat atau ke rumah dan lain-lain tempat.
7- Menawarkan banyak bateri berkualiti pada harga yang berpatutan
8- Menyediakan bateri apung ketika memeriksa bateri lama anda

Penghantaran dan pemasangan bateri kereta murah juga ke lokasi di berikut :

Ampang, Ulu Klang, Sri Gombak, Batu Caves, Selayang, Puchong, Alam Megah, Serdang, Klang, Jalan Kebun, Bukit kemuning, Kota Kemuning, Kemuning Utama, Padang Jawa, Subang Jaya, Glenmarie, Ara Damansara, Kelana Jaya, Petaling jaya, Taman Medan, Dato Harun, Sunway Piramid, Jalan Klang Lama, Cheras, Putrajaya, Cyberjaya, Saujana Putra, UiTM Shah alam, Puncak Perdana, Alam Damai, Bukit Maluri, Kepong dan sekitarnya

Berita gembira apabila dikhabarkan , servis bateriku.com akan lebih meluas sehingga ke seluruh Malaysia tidak lama lagi. Nantikan! Tak sabarnya  menanti kewujudannya di Terengganu

Testimoni BATERIKU.COM







Jom baca testimoni pengalaman orang ramai yang menggunakan servis bateri kereta murah bateriku.com ini DISINI





Ingat bateri kong , ingat BATERIKU.COM


7 comments:

  1. Singgah sini sambil baca entry bateri kong :)

    ReplyDelete
  2. moga lebih meluas Bateri.com ni perkhidmatanya..

    ReplyDelete
  3. moga makin meluas perkhidmatannya.. senang bila jadi kat tengah bandar atau di luar kawasan tempat tinggal atau pejabat..

    ReplyDelete
  4. Lepas ni harap2 bateriku.com akan ada jugak kat teganu..lagi mudah org ganu berurusan kalau batwri kereta kong ..

    ReplyDelete
  5. Saya mmg selalu lpk putrajaya. Klu tiba2 bateri kong, mudahlah urusan lps ni

    ReplyDelete
  6. Saya mmg selalu lpk putrajaya. Klu tiba2 bateri kong, mudahlah urusan lps ni

    ReplyDelete
  7. Terbaiklah servis Dr bateriku.com

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.