27 May 2016

Selesai Renew Domain Blog Di Saat Akhir

Dah setahun bahejabella.com berdomain. Dulu ingat apa ke menda la domain domain ni bagai. Yang baru berjinak-jinak nak buat blog (aku pun baru jugak) , ha baca blog abang sado ni untuk maksud domain dan hosting

Aku pun bukan mahir sangat nak setting-setting kan domain ni . Semua atas jasa baik pertolongan kekny (panggilan dalam kalangan rakan-rakan efgiers ), chef popular tu. Terima kasih kekny. Tagline blog dia dulu cooking and photography. Jom terjah http://www.enyabdullah.com/?m=1 . Harus banyak idea resipi juadah berbuka puasa nanti

Nasib baik duk belek email. Yang aku ingat , kekny tolong buatkan domain tu bulan mei tahun lepas, tapi tak ingat tarikh. Sekali buka email , rupanya tarikh expired dah dekat , 31 Mei. Net KL pun asyik duk warning dah. Tinggal 7 hari , 6 hari , 5 hari lagi nak expired. Tapi asyik tertangguh je nak pergi bank in duit untuk renew. Tambahan pula , maybank2u tak boleh access, tak ingat password. grrrrrrrrr. Haihh macam-macam hal


Aku kadang-kadang last minute person jugak. Plan apa-apa, kadang-kadang on the spot, baru surprise. Surprise laaa sangat. Kadang-kadang ok! Bukan selalu. Tu domain kalau tak dekat tarikh expired , tak sah. Hari-hari tertangguh je. Mujur ingat tadi lepas solat Jumaat nak bayar. Fuhhh lega. Kalau tak, apa laa nasib bahejabella.com ni. Mesti lagi gelabah aku ,kan

Alhamdulillah, bahejabella.com masih survive. Aku bayar untuk 2 tahun sekaligus. RM 90.00. Nanti lepas 2 tahun akan datang , kalau umur panjang, dekat-dekat bulan Mei, korang ingatkan aku ehh untuk renew ni. Hihihi

Rakan-rakan yang nak buat domain sendiri , boleh terjah blog abang kacak ni wayneharraz.com

Terima kasih semua

1 comment:

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.