bahejabella: Pergi Pizza Hut , Bukan Nak Makan Pizza Pun

Pergi Pizza Hut , Bukan Nak Makan Pizza Pun

/
2 Comments
May 31, 2016
Nak makan ayam kay-ek-si (kfc)... nak makan ayam kay-ek-si....  errmm dah 2 hari si baheja ni duk sebut-sebut. Abuya buat-buat tak layan , bagi alasan dan kadang-kadang tunggu sampai dia tidur. Dengan harapan esok hari dah lupa dan tak sebut nak makan ayam kay-ek-si lagi... 

Bukan apa, baru sangat lagi duk mentekedarah fast food, malam-malam buta pulak tu. Takkan nak pergi lagi kan, fuyyooo sangat tak sihat tu

Tapi , kakak baheja bukan jenis mudah lupa. Bangun tidur esok hari tu duk sebut lagi mengidam dia tu. Errkkkkk.....
Kadang-kadang abuya biar jer dia menangis....Lama-lama senyap la tu..

Mak aku dulu ajar anak-anak nak dapat sesuatu bukan cara mudah, kan. Bukan asal mintak terus dapat. Asal berhajat , mengidam , terus tertunai. Apatah lagi kitorang bukan orang senang... biar tahu erti susah.. huhu

Akhirnya abuya mengalah. Petang ni bawak kakak dan adik pergi makan ayam. Ala-ala daddy's girl day out gitu...walaupun sekejap je

Tapi , bukan pergi kfc pun. Kitorang pergi pizza hut haa... Sebab suka juga ayam kat situ. Bbq chicken wings tu. Kepak tengah ayam , salut sos barbeque. Budak-budak suka , abuya? lagilaaaa kan.. haha


Sampai je pizza hut, adik spoil laa. Dan dan time tu jugak nak poo poo... Tengok la tu reaksi dan emosi orang tengah uk uk... Tu dah ready angkat baju nak suruh basuhkan. Kalau kat rumah tu, on the spot je tanggalkan baju, seluar semua. Kat situ abuya suruh bertahan, nanti basuh kat rumah. Rumah pun dekat je... Sudahnya, adik makan pun sambil melutut jer..



Tu la menu wajib order kalau pergi pizza hut. Bbq chicken wings dan lava kek. Air milo memang kegemaran diorang la. Abuya?... abuya mana boleh makan macam tu.... diet kan... haa percaya tak?



Dah nak balik, sempat lagi posing budak ni...


You may also like

2 comments:

  1. Hehehe...sungguh comel adik dengan kakak...waktu tu la awak nak uk uk ya adik...kak baheja cool je...adik ni...acik PC cubit pipi nak..nak tak..

    ReplyDelete