28 May 2016

Aku suka burger tepi jalan. Burger Amerika pun makan je. Tapi kalau diberi pilihan , haruslah pilih burger tepi jalan

Burger Amerika dalam kedai ada air-cond memang sedap, prestij dan brand. Tapi tekak kita tak telan prestij. Burger tepi jalan kadang-kadang boleh request macam-macam, sayur lebih , tak nak sayur, sos jangan banyak , lebihkan black pepper. Apatah lagi kalau brother yang jual burger tu geng kita je , orang kampung kita

Burger tepi jalan memang la tak branding dan prestij, tapi penangannya silap hari bulan boleh buat kita terigau igau. Kalau balik kampung, wajib cari burger tepi jalan favourite kita kan

Saja bebel bab burger sebab semalam beli burger. Dekat area rumah ni ha. Kerap juga la beli kat situ. Tersohor di sekitar Kuala Terengganu. Macam-macam diletaknya dalam burger tu. Siap dengan buah nenas dan epal. Baked beans pun ada. Kenikmatan sos black pepper nya, perghhhh ... syorga

meriah , melimpah ruah gitu sampai tak nampak daging ayam burger special kat dalam tu

Korang yang dekat-dekat Kuala Terengganu tu yang belum lagi merasa burger sedap lagi tersohor ni , boleh la cuba datang beli. Lokasi depan Masjid Lama (surau) Durian Burung dan Klinik Desa Durian Burung... Kalau nak aku belanja, kena beli vivix dulu laaa 2 botol....ok

versi tak ada sayur 


3 comments:

  1. Rasanya memang lebih uuummmphhh burger tepi jalan....biasa harga sama walau yang ada minta dilebihkan sayur atau sos...

    ReplyDelete
  2. SEDAPNYA BERGER MCM2ADA..

    ReplyDelete
  3. burger ramly tepi jalan paling sedappppp... kalah mcD dan burger king

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

Monthly Top Commentators

backlinks

ping blog Backlink - OhDunia.my

FREQUENTERS

Popular Posts

Blog Archive

PALS

G+

BLOGGERS SEPERJUANGAN