17 April 2016

Penting Ke Nak Tahu Allah Duduk Dimana?

Sejak dua menjak  atau lebih tepat lagi sejak tour Dr Zakir Naik di Terengganu baru-baru ini , ramai pula yang bermain isu retorik , perkara ulangan saban musim walaupun ia sebenarnya telah diputuskan oleh Ulama iaitu "Dimana Allah? " 

Kita tak berasa ralat sangat apabila perbincangan hanya berlegar dalam kalangan Ulama yang berautoriti , berkeahlian dan murabbi. Hujjah ilmu dibalas hujjah dengan penuh adab sopan dan berlapang dada. Bukan hujjah dibalas hawa nafsu. Apatah lagi jika persoalan" dimana Allah" itu ditanya sekadar untuk nak menguji

Kesal sekali bila orang awam turut mengambil bahagian dalam hal "dimana Allah" itu. Sana sini posting media sosial. Semua orang nak bercakap, bercakap dan bercakap. Sedih sekali apabila orang-orang yang baru nak menuntut ilmu bagai sudah lupa diri dan gopoh dengan mengatakan "mengikut pendapat saya" . Amboiii , baru belajar 2 - 3 purnama ,sudah boleh nak ijtihad hukum ye?

Biarkan saja Ulama yang membahaskan perkara itu. Serahkan sahaja kepada mereka. Khilaf antara mereka itu rahmah. Khilaf mereka dengan ilmu. Jika terkhilaf ijtihad mereka sekali pun , mereka masih beroleh pahala , In sya Allah

Cuba tanya pada diri sendiri? Percaya atau tidak , nyawa itu wujud? Kalau nyawa itu wujud , dimana letaknya nyawa? Cuba tunjuk!

Haa, setakat nyawa pun tak tahu nak tunjuk kat mana letaknya , tak payah la nak tahu sangat Allah duduk di mana. Kalau tahu sekalipun , nak pergi cari ke? Cukuplah mengimani bahawa Allah itu tidak sesekali menyamai makhluk , tiada bertempat, tiada berlokasi , tiada berarah (jihah) dan tiada pula bergraviti!

Yang penting , muhasabah diri dimana kedudukan kita di sisi Allah dan dimana Allah dalam hati kita?

untuk aku dan untuk kamu sekali la

8 comments:

  1. salam , betul kadang kita kena muhasabah dimana Allah dihati kita

    ReplyDelete
  2. 'pada pandangan saya'..tiada salahhnya setiap manusia bertanya di mana tuhan.di mana ada persoalan di situ bermula pencarian.bukan kerja mufti2 sahaja mencari tuhan.bukan mufti saja mahu kejayaan.tapi macam yang cikgu kata, kalau sekadar bertanya untuk menguji2 lebih baik diamkan saja, tapi takkan terlepas dlm naluri manusia untuk sentiasa bertanya di mana tuhan. pertanyaan tu sekurang-kurangnya mungkin dpt membuat kita selalu mengingati tuhan.

    jika saya salah, harap masih beroleh pahala juga.tuhan maha pemurah.

    ReplyDelete
  3. Sesetengah ulama melarang kita dari memikirkan tentang Allah.. Cukuplah yakin dgn kebesaran yg Dia tunjuk setiap masa...

    ReplyDelete
  4. Orang yg lemah ilmu n baru berguru menuntut ilmu drpd ulama xharus terlalu banyak bertanya.

    ReplyDelete
  5. org skrg, semua bnde nk jd isu besar kn.

    ReplyDelete
  6. wajib kita tahu siapa itu Alloh, sifat2nya, ciptaannya dan semuanya agar kita tahu posisi kita siapa di dunia ini

    ReplyDelete
  7. iman kita haruslah sampai tahap ikhsan

    ReplyDelete
  8. tauhid adalah sangat penting bagi kita umat islam

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.