18 March 2016

SUNNAH YANG DILUPAKAN

Salam Subuh. Selamat pagi. Entri ini tidaklah bermaksud menceritakan sekalian banyak sunnah Rasul yang ditinggalkan atau terlupakan oleh kita. Cuma sama-sama mengingatkan salah satu sunnah yang mungkin jarang-jarang kedengaran

Yang mungkin selalu kedengaran ialah tidur dalam keadaan mengiring ke kanan, sambil menyerahkan semua urusan kepada Allah

Salah satu Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم yang agak mudah juga, tetapi mahjurah (ditinggalkan) adalah berbaring atas lambung kanan seketika selepas dua rakaat Solat Sunat Subuh sebelum Solat Fardhu Subuh

Hikmah dari perbuatan Nabi ini adalah untuk mengingatkan kita tentang alam kubur, alam barzakh saatnya kita bersendirian, tiada sang teman kiri dan kanan. Semua orang akan merasai itu. Entahkan esok atau lusa , atau mungkin sekejap lagi dijemput, siapa yang tahu?

Sewaktu baring itu, pejamkanlah mata, fikirkan lah ayat-ayat AlQuran yang menceritakan bagaimana Ahli Barzakh meminta kepada Allah untuk kembali semula ke alam dunia ini semata-mata untuk menambah amalan kebaikan (terutamanya amalan sedekah)

Bayangkan bagaimana kalau kita tidak menjadi orang yang diredhai Allah kelak. Bayangkan Allah tidak lagi mahu memandang kita , tidak lagi mahu belas kasihani kita?

In sya Allah satu atau dua minit (dari baring itu) sebelum Subuh tersebut akan memperbaiki kehidupan kita pada keseluruhan hari tersebut. In sya Allah memeperbaiki juga sedikit demi sedikit kehidupan. Ameen

Ini post untuk aku yang sering kelalaian ni...dan kamu sekali lah yang baca ni... Selamat memulakan hari. Jumpa lagi

4 comments:

  1. Terima kasih pengkongsian ni

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...bangkit dan mulakan...moga Allah permudahkan...

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah permudahkan segalanya..sama2 amlakan sunnah

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.