08 March 2016

BILA GHAIRAH MENJADI NOMBOR SATU


Antara kita ada yang pantang saja dapat mesej  atau berita , tanpa kaji selidik dan siasat kesahihan berita atau mesej tersebut terlebih dahulu , terus mahu disebarkan ke merata-rata group yang ada. Mahu jadi jaguh , nak jadi nombor satu penyebar atau penyampai. Kalau sahih , bagus juga. Tapi malang sungguh jikalau mesej palsu atau terdapat keraguan di dalamnya. Kan dah dapat dosa kering. Jangan ghairah sangat , kawan


كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ

“ Cukuplah seseorang dianggap pendusta ketika dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa sahaja yang dia dengar ” 


(Muqaddimah Sohih Muslim)


PAKSA FORWARD MESEJ

Kadang-kadang di akhir mesej berbunyi... "jika anda sebar mesej ini anda akan hidup lama..."
"forward la mesej ini untuk dapat berkat dan rahmat"......."kalau tak sebar mesej ini anda dapat bala & masuk neraka"....... " takkan nak tengok saja bila sudah baca , forward la untuk kebaikan bersama"......

Ayat tak boleh blah bila paksa orang share dan forward  mesej, tapi tak paksa dirinya sendiri untuk semak kesahihan mesej sebelum sebar dan forward terlebih dahulu. Kadang-kadang tukang forward tak baca habis pun, terus share tanpa mengetahui dan faham isi mesej. Kadang-kadang bunyi macam mesej keagamaan , tapi sebenarnya penuh dengan cerita palsu yang diada-adakan. Bila kita nak tanya dalil atau kesahihan riwayat , katanya dari group sebelah. Tak lama lagi , group sebelah menyebelah ni dah boleh jadi mazhab, kot. Yang panjang-panjang Islamik pun belum tentu sahih lagi. Tak pasal-pasal niat nak dapat pahala, nanti sebab sebar lah , jadi dapat bala dan dosa.

Yang dari google dan internet pun tak terkira banyaknya la zaman sekarang. Dari internet boleh saja jadikan panduan , tapi nak dakwa diri sudah berilmu dan berdalil , bukan main ambil dari google semata-mata, ia wajib menuntut dan menadah di hadapan guru. Guru yang mursyid.


MESEJ BERANTAI PALING EPIK

Mesej berantai paling epik ialah surat wasiat dari kononnya dari penjaga makam Nabi Muhammad SollAllahu 'Alaihi Wasallam iaitu Sheikh Ahmad. Akhir wasiat itu diceritakan kononnya orang yang tak sebar wasiat tersebut telah menerima bala macam-macam.

Aku dah terima wasiat palsu ni sejak dari tingkatan 3 lagi. 17 tahun lamanya sudah berlalu. Tapi sampai sekarang masih ada yang sebar. Tak cukup dengan whatsapp , dengan surat pun ada. Kesian juga orang-orang yang mempercayainya.

Dalam wasiat tu ada sedikit nasihat yang boleh jadikan iktibar. Tapi untuk menceritakan kisah dapat rahmat setelah menyebarkannya dan dapat bala selepas tidak menyebarkannya , ia jelas amat palsu

Baca mesej berantai kisah wasiat palsu dan hukum menyebarkannya DISINI


8 comments:

  1. sebarkan info yg bermenafaat saja semoga kita xmenambah dosa sedia ada

    ReplyDelete
  2. dulu siap orang suruh fotokopi utk sebarkan.gila

    ReplyDelete
  3. Salam , tapi till now still ada lagi yang rajin forward benda2 macam tu

    ReplyDelete
  4. kalau dapat mesej macam ni buat tak tahu ja...

    ReplyDelete
  5. Surat berantai zaman whatsapp..

    ReplyDelete
  6. ramai yang masih foward...contoh tadi...ada org foward petang ni lepas maghrib adalah safar dan suruh buat pelbagai berkaitan agama...ini bermakna dia tak ambil peduli yg tahu forward ja,,,sebab sebenarnya 1 Jamadilakhir...

    ReplyDelete
  7. Ingat zaman teknologi tak ada lagi yang terpengaruh. Ada juga yang terpengaruh dan mengambil kesempatan

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.