19 March 2016

BELLA 2 TAHUN , DAH MULA IKUT JEJAK PERANGAI KAKAK

Naurah Salsabeela dah masuk 2 tahun lebih. Umur 2 tahun masih ada masa lagi untuk gomol-gomol , peluk cium , main kuda-kuda , geletek dia sampai keluar air mata , lambung-lambung , timang-timang , dukung-dukung  kejar-kejar

Sekarang masih dalam tempoh keemasan. Masa kecil anak sangat berharga. Sekejap sahaja. Kalau ragam sikit-sikit tu , ermm bertabah je lah (walaupun kadang-kadang abuya tak bertabah mana pun.. hehe)

Kalau terlepas masa-masa indah ini , kelak tak boleh menyesal. Nanti masuk darjah satu dah tak sama dengan sekarang. Dah kena jadi teman rapat dia. Nanti dewasa dah ada kehidupan sendiri. Takkan sama, kan

Sekarang dah pandai macam-macam. Jangan cuba-cuba mungkir janji dengan diorang. Diorang mungkin tak pandai luah , tapi tercedera emosi . Merengek nak itu ini tu biasalah. Bercakap pun dah hampir jelas sebijik-sebijik. Pantang tengok aku pegang kunci kereta , mula la pegang-pegang kaki nak ikut

Paling ikut trend sekarang , ermm biasalah main smartphone. Sama la macam kakak dia dulu masa mula masuk umur 2 tahun. Tak padan budak kecik, pandai pulak tu klik-klik dalam telefon tu

jangan la kacau adik!

entah apa yang di kliknya

garu-garu ada kutu la tu

kakak baheja masa 2 tahun

orang lain semua duk berhari raya, kakak khusyuk dengan telefon abuya

Nasib baik sekarang aku dah detoks gajet untuk bebudak ni. Baik bawa pergi taman main kasut roda. Haritu ada je tablet , tapi dah rosak. Sengaja malas nak baiki , ada baiknya dilupakan terus. Kadang-kadang je la diorang duk rampas , curi senyap-senyap telefon abuya dan bonde tu.

4 comments:

  1. Hihi....Bella...abuya macam dah boleh baca ya...sebab dah ada pengalaman dengan kak baheja..

    ReplyDelete
  2. comel sangat anak2 nizam, Alhamdulillah semuga baheja dan bella terus membesar sebagai puteri solehah..amiin.

    ReplyDelete
  3. Betul kak.. sekarang zaman gadjet kan :)

    btw, dtg dari segmen emasputih :)

    ReplyDelete
  4. Hahaha zaman gadget ni kan semua tahu bab2 gadget..anak anak pon dah pandai layan gadget

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.