PATUTLA DAH TAK ADA TIKUS

CARA HALAU TIKUS MASUK RUMAH

Banyak sebenarnya tips yang diberi dalam internet tu untuk halau tikus secara halus atau nak elakkan tikus berkampung dalam rumah. Antaranya ialah pasang perangkap (gam) tu dan biarkan ia mati dan jadikan tontonan buat tikus-tikus lain untuk satu dua hari, Kononnya untuk menakutkan geng-geng diorang la

Antara teknik yang paling dan sangat mujarab juga ialah bela kucing. Ya bela kucing banyak-banyak. Kucing ok. Tapi satu je la yang buat masalah sikit, kecing berak kucing. Buat jadi dosa lagi ialah bila kucing-kucing peliharaan berkeliaran berak kencing di rumah jiran , dalam pasu orang , halaman orang , dalam rumah orang lain. Kan tak bertanggungjawab tu namanya. Bela kucing tu bagus , dapat pahala. Tapi menyusahkan orang lain , apatah lagi kejiranan tu tak bagus. Sekali dua mungkin orang boleh maafkan. Kalau dah banyak kali, mahunya tak naik angin. Menyakiti hati jiran itu kan dosa juga.Tak gitu

Haritu kes jiran aku bela ayam , lepaskan merata-rata sampai datang berak habis satu halaman rumah ni , kan dah dapat amaran free. Apa susah? buatlah reban. Nak bela buat cara nak bela. Maaf ye jiran. sekarang Alhamdulillah dah tak nampak bayang ayam tu. Terima kasih ye jiran sebelah

Alkisah , lebih kurang sebulan yang lalu entah kucing manalah yang datang rumah , beranak, menyusu dan berpantang disini. Comel pula anak dia. Ala-ala pan asian gitu. Budak-budak ni suka sangat la. Kadang-kadang aku tertidur atas sofa di luar rumah , adalah seekor dua tikus selalu berkeliaran dalam langsir , atas siling berhampiran dengan sofa ni. Errkk fobia sungguh tikus-tikus ni. Nak tidur pun tak lena elok. Patutla sejak tiga empat hari ni , sunyi pula bunyi bunyian tikus. Rupanya baru perasan ada kucing dalam rumah ni. Hilang sekejap fobia tu. Anak kucing tu pun dan besar comel. Tapi aku tak nak bela. Siapa nak , marilah jemput datang ambil 

naurah suka sangat kucing
naurah suka sangat kucing

bangun tidur , pagi-pagi dah dengar bunyi kucing kelaparan... kucing breakfast nasi minyak , kau hado?

nak bagi susu , tertumpah pulop



Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
paridah
AUTHOR
08 February, 2016 delete

KUCING YG MENIKUS BERUNTUNG KITA TERHINDAR DARI GANGGUAN TIKUS..

Reply
avatar
Anis Amir
AUTHOR
09 February, 2016 delete

comelnya anak kucing tu.

Reply
avatar
10 February, 2016 delete

Anda nak :
(1)Hidup Selesa?
(2)Percuma Smatphone, Tablet dll?
(3)Sediakan Tersayang RM100,000?
(4)Wang Tunai shgga RM120,000?
Dan BANYAK-BANYAK lagi?
(5)Hanya Klik dibawah, baca. Klik 'Tempah Sekarang', ikut langkah selanjutnya. Klik(atau Copy and Paste):
http://bit.ly/1BmKoXH

Reply
avatar
25 February, 2016 delete

nasib baik rumah takde tikus sebab takut tikus hahah.

btw comel kucing tuu. tapi comel lagi si naurah tu. #ambikhati :P

Reply
avatar
07 March, 2016 delete

inilah 'rawatan' terbaik penghalau tikus kan hehe

Reply
avatar