29 December 2015

BANYAKNYA OFFER

Bertemu lagi. Salam #2kerja. Selamat menempuh tahun 2016. Semoga hari-hari yang mencabar untuk ditempuhi nanti dengan penuh ketabahan dan kegigihan

Bakul sampahkan sahaja kenyataan sang menteri pasola yang tak berkesudahan nak cari salah rakyat. Pusing kanan pusing kiri , end of the day , rakyat juga yang salah. Rakyat juga yang kena. Rakyat dulu yang terpaksa berkorban. Depa duk isi temolok perut sendiri. Depa semua betul. Haa next pru , jangan salah pangkah dah la ye

Sejak kebejatan ekonomi yang mencengkam dan menggigit ni , memang banyak saluran orang nak dapatkan duit dan untung. Macam-macam cara. Bank pun tak terkecuali. Sejak akhir-akhir ini , berderet mesej duk masuk offer loan itu loan ini. Yang duk forward mesej terpilih dapat habuan bertuah ala-ala mesej dari Shell tu pun boleh tahan. Yang ada pengetahun dan alert , mungkin terselamat. Yang kelabu mata dan mungkin terdesak, mungkin tak fikir panjang. Yang aku geram tu , siapa yang jual maklumat? Atau diorang ambil nombor telefon dalam blog ni? Kalau mesej nak beli shaklee , ok la kan. 

Kadang-kadang , pantang aku pergi bayar pinjaman yayasan ( pinjaman masa study) pun , tak lama kemudian sampai la mesej offer loan. Pantang aku bayar banyak sikit, adalah agen-agen ni yang buat. Kadang-kadang time ada urusan bank , bayar bill, ermmm memang akan adalah mesej-mesej ini

Tak salah. Ye, mungkin korang nak kejar target atau sale. Ye mungkin ini tugas korang. Tapi aku rimas la dengan mesej-mesej ni. Maaf la kalau cara aku jawab buat korang yang offer loan ni marah atau annoying

Haa buat loan peribadi tak salah. Tapi kena ada juga perancangan kan. Dan juga kena study habis syarat-syarat sebelum tandatangan dokumen. Kadang-kadang ada terselit klausa atau syarat yang tersembunyi yang kita tidak dimaklumkan. Usah terjerat. Bank memang nak bagi je duit, depa untung banyak. Ada kawan cakap "tak ada bank yang taknak bagi loan

Kalau buat loan , setakat nak enjoy zaman muda, baik tak payah la








4 comments:

  1. Asal namanya penjawat awam yang ada loan, laju je lepas tu bank-bank & koperasi kejar offer loan lain pulak. Entah siapa yg jual no phone kita pun tak tahu T_T. Geram.

    ReplyDelete
  2. Fuhhhh macam2 offer dah ada tuu

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.