bahejabella: YANG MANIS ITU MADU

YANG MANIS ITU MADU

/
4 Comments
October 11, 2015
Madu memang manis. Sangat manis lagi lazat , pekat terasa sampai hujung ke dalam anak tekak. Punya banyak khasiat segala

Alkisah suatu hari, si baheja ni ada hint-hint nak demam. Kepala terasa macam sedikit panas. Batuk pun boleh tahan. Aku malas nak pergi klinik , lagi lagi ubat yang sama je la duk bagi. Kebetulan omega guard pun dah habis stok. Selalu juga aku picitkan minyak ikan omega tu ke dalam botol susu. Bagi keluar kahak batuk tu

Duk geledah peti ais , jumpa la secuit baki madu yang aku buat masak resipi daging hitam madu. Aku ambil madu campur sedikit air suam , bagi baheja minum. Alhamdulillah beransur lega

Sejak hari itu , ada harinya mood dia nak madu. Selalu duk sebut nak madu. Ada hari juga dia buat-buat merengek mengada-ngada suruh aku cari madu, walaupun tak demam. Kadang-kadang dia berlakon buat muka 50 sen ala ala demam gitu , nak jugak aku carikan madu. Madu lebah ok. Bukan madu lain

Minggu lepas , kat sekolah ada seorang pekerja yang berjaya mengambil madu , fresh dari pokok di belakang sekolah. Test rasa yang fresh itu , memang enak tak terkata. Jujurnya inilah kali pertama aku tengok sarang madu dengan sebegitu dekat. Indah kejadian Tuhan. Baru teringatkan si baheja yang nak aku cari madu

madu
Madu

madu
Madu
 Tu dia madu yang dijumpai di sekitar kawasan sekolah

madu
Madu
 Dua hari lepas pergi  jalan-jalan berniaga. Nampak signboard orang jual madu di tepi jalan. Macam memanggil manggil je aku untuk singgah. Tu yang versi dalam plastik berserta sarang berharga RM 75

aku beli yang  ni, madu dalam botol, RM 40. Stok untuk aku sefamily. Boleh la campur minum dengan vivix
Aku beli yang ni , madu dalam botol, RM 40. Stok untuk aku sefamily. Boleh la campur minum dengan vivix



You may also like

4 comments:

  1. Makanan sunnah..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. SEDIAKAN STOK MADU UTK KEGUNAAN DI RUMAH..PENTING TU SBG UBAT JUGA.

    ReplyDelete
  3. Kekya pon mmg selalu ada kat rumah

    ReplyDelete