04 October 2015

PATUTLA DUA HARI NI RASA LAIN MACAM JE

Tajuk entri tak boleh blah. Tajuk yang kebanyakan orang tak cari , kan. Tapi tajuk tu memang lahir dari hati aku yang tulus, mulus lagi kudus ini

JEREBU DI HATIKU

Entah kenapalah dua hari yang lalu ada rasa gusar , gelisah , keruan , galau dan sedikit mereng. Banyak dosa kot. Dengan orang pun tak nak bercakap sangat. Layan facebook gitu-gitu je. Dua hari tak buat enti. Entri cabaran 7 hari efgkbba pun tertunggak. Tengok juga update facebook ibadah haji puan mona din (pengasas lisa formula) , walaupun aku tak berapa setuju sangat setiap inci ibadah di updatekan , tapi timbul juga satu rasa yang tak boleh digambarkan dengan tulisan. Mungkin rasa ralat kot sebab sangat terpaksa untuk tidak pergi haji tahun ni

Tuhan nak beri hadiah. Rupa-rupanya segala rasa tidak keruan dan berkecamuk ini menemui kemuncaknya apabila aku sedari tayar kereta aku rosak , haus, tembus dan pecah sehingga menampakkan urat-urat besi dawai dari dalamnya. Nasib baik ia tidak terjadi semasa aku memandu. Ia disedari pagi semalam apabila menjenguk kereta aku di bawah anjung rumah. Sudah la baru bangun tidur dari mimpi indah , dalam keadaan mamai , dapat pula berita dari isteri aku tayar pecah. Alamatnya kempis lagi la poket bulan ini

Sebenarnya seminggu yang lalu semasa pulang ke rumah mak , dah rasa lain macam dengan kereta, rasa goyang sikit. Tapi aku ingat goyang-goyang biasa saje sebab tak ada angin. Dah isi pun angin , rasa ok je selepas itu. Tak sangka pula nak rosak sampai macam tu sekali

Sampai di kedai tayar, ku sangkakan satu , rupanya dua biji tayar aku kena tukar. Kedua-dua tayar bahagian hadapan kena tukar. Kedua-duanya sudah haus dan merbahaya. Termenung juga seketika. Godek-godek wallet , mujur cukup duit tunai

Sambil termenung tunggu diorang buat kerja tukar tayar tu , nasib baik la ada si baheja ni penghibur lara , duk berjoget-joget sambil nyanyi lagu frozen dia tu. Let it go , let it go, ermmm memang let it go sungguh lah anak oii. Let it go duit abuya. Macam tahu-tahu je dia

Tiba-tiba, ku sangkakan panas sampai ke petang , rupanya guruh di siang hari. Ku sangkakan hanya dua , rupanya tiga. Ya , setelah tauke kedai tu cek tayar kereta aku , bukan dua biji yang haus dan rosak serta merbahaya , rupa-rupanya tiga biji. Memang nampak jelas urat-urat besi dah nak terkeluar dari sebiji tayar bahagian belakang. Depa cakap , tahan seminggu je ni , tak lama lagi pecah juga. Perghhhh. Terasa longgar lutut. nak bersandar pun ada bahu si baheja je. Mana larat dia. Melayang jugalah hampir RM 900

Breathe, it's just a bad day, not a bad life

Tak apa , senyum je lah. Duit boleh di cari  , ini bulan In sya Allah , buat gigih lagi sales shaklee. Harap-harap bonus bulan ni cecah 20 hingga 30K. Korang aminkan ya. Ameen


6 comments:

  1. Takpe la nize..duit blh cari nyawa mana nak cari..

    ReplyDelete
  2. Amin....yang penting tiada nyawa yang terlibat.alhamdulillah nampak dan sedar awal..

    ReplyDelete
  3. memang termenung 7 hari 7 malam la kalau kena macam ni. tapi untuk keselamatan semua. lebih baik termenung sebab duit jangan termenung sebab org tersayang

    ReplyDelete
  4. Huhuhu..
    perbelanjaan di luar jangka..
    Biasa jangka tayar jika penggunaan setiap hari dalam 2 tahun dah boleh tukar dah..
    Ada 1 tips setiap 6buln tukar posisi tayar..dari depan ke belakang dan sebaliknya..boleh memberi jangka hayat yang lama sedikit..nak haus pun sekata..

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
  5. Ada hikmahnye...
    biar hilang duit, jangan hilang nyawa, kita merancang tuhan penentu segala...
    sentiasa syukur InsyaAllah cukup segala.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.