MUSIM BUBUR ASYURA

Bulan Muharram ni orang Melayu meriah la dengan juadah bubur asyura. Orang Arab tak ada pun adat budaya ni. Diorang tak kenal pun bubur asyura tu apa. Jadi setiap kali tiba bulan Muharram , kalau rindu sangat kat Malaysia kitorang akan masak rewang-rewang bubur asyura tu di asrama kami je

Keenakan bubur tu satu hal, seronok lagi bila dimasak secara bergotong royong. Terasa nikmatnya disitu

Alkisah semalam di sekolah, dapat sebekas bubur asyura ni ha. Orang-orang masjid yang buat. Jadi boleh la kami merasa. 

Bubur asyura banyak versi. Kalau sebelah utara tampak jernih sedikit. Yang biasa aku makan sejak kecil versi Kelantan dan Terengganu ni begitulah rupanya. Rasa yang kaya dengan rempah ratus. Bertambah selera kalau dalam bubur asyura tu terjumpa isi ayam atau daging. Dulu masa era kanak-kanak , makan bubur asyura dalam tempurung, sudunya pula dari daun kelapa. Memang legend habis

bubur asyura dari masjid
bubur ayura dari masjid
Itu la buburnya yang dapat dari masjid sebelah sekolah semalam. Tak jumpa pula sudu atau daun kelapa, enak dimakan dengan dua jari macam tu saja

ni tahun lepas , gotong royong bubur asyura
ni tahun lepas, gotong royong bubur asyura

gambar 2012 ,banyak  ni tempahan untuk di agih-agihkan sanak saudara
gambar 2012, banyak ni tempahan untuk diagih-agihkan sanak saudara

bubur asyura
bubur asyura

bubur asyura
bubur asyura
Enak dimakan bersama sambal ikan dan telur dadar. Kadang-kadang dengan sambal kelapa parut pun ok

haa ni bukan bubur asyura, tu pisang kejuk
Haa ni bukan bubur asyura, tu pisang kejuk

Previous
Next Post »

11 comments

Write comments
26 October, 2015 delete

ye nizam, memang belah utara atau kampung saya guna kacang dal.. cair takpekat.

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
26 October, 2015 delete

Amboi comel botol susu..hehe..

Reply
avatar
26 October, 2015 delete

Memang enak dimakan..:)

Reply
avatar
Bonda Zahra
AUTHOR
26 October, 2015 delete

baru makan semalam mak mertua buatkan.belah utara lain sikit:)

singgah & follow blog ni.

Reply
avatar
eima
AUTHOR
27 October, 2015 delete

rasanye bubur asyura belah langkawi ngan kelantan lain kan ... sy suka yg kedah .... sedap

Reply
avatar
iffah hussin
AUTHOR
27 October, 2015 delete

Nampak sedap... teringin nak buat

Reply
avatar
29 October, 2015 delete

bubur yg cukup menarik

Reply
avatar
Nabihah Rose
AUTHOR
30 October, 2015 delete

Nampak sedap bubur asyura :-)

Reply
avatar
30 October, 2015 delete

sedap rasanya

Jemput singgah blog Nurfuzie.com
Tinggal kurang 24 jam lagi berakhirnya Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000. Moh kita join
Dan pencarian Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #2

Reply
avatar