KAU TAK SELALU BETUL , ORANG LAIN TAK SEMESTINYA SALAH

Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan Al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu - Imam Abu Hanifah


Manusia satu makhluk yang diciptakan Allah unik dan berbeza-beza. Jauh di sudut lubuk jiwa yang dalam , secara sedar atau tidak , ada sifat individualistik, sifat 'keakuan' atau bahasa arabnya disebut 'ananiah' (aku lah itu , aku lah ini , aku begitu , aku begini), ghairah dan merasa takjub dengan pendapat serta pentingkan diri sendiri

Semua orang punya hak berpendapat, bersuara dan memberi buah fikiran. Tapi awas , usah lah terlalu asyik, kagum dan merasa syok dengan pendapat sendiri. Ada saat jika salah dorongan , ia hanya bisik-bisik syaitan yang menghembuskan rasa takjub dengan diri. Kita tak selalunya dan selama-lamanya betul dan orang lain juga tak semestinya selama-lamanya salah. Cuma, satu yang tak pernah berubah ialah , erti hidup pada setia dengan kebenaran , katanya SaifulIslam

Berlapang dada , tapi jangan terlalu lapang. Bersikap keterbukaan tapi jangan terlalu terbuka. Ia masih terikat dengan suruhan dan larangan Tuhan. Ye la , dah tengok sesuatu kemungkaran depan mata , takkan nak berlemah lembut lagi. Ada orang kata "dakwah kena lembut, jangan la kasar sangat" . Kawan, jangan lupa , tak semua tempat dan keadaan perlu berlemah lembut. Apatah lagi zaman sudah berubah dengan pelbagai ragam media sosial. Lupakah kamu , Sahabat Nabi jika Saiyidina Abu Bakar bersikap lemah lembut , Saiyidina Umar pula bersifat garang hinggakan mahu mengangkat pedang kepada siapa sahaja yang mencerca Rasulullah

RAI PANDANGAN , HORMATI PERBEZAAN

Tapi mentang-mentang lah disuruh hormat pandangan , tak semestinya  perlu setiap masa seluruh keadaan nak berpandangan , berpendapat dan berhujah. Hati-hati kawan, nanti tergelincir. Ada orang kadang-kadang bukan nak beri pandangan sangat pun , tapi jenis suka nak tempelak. Setiap isu nak tempelak. Nak berbalas statement. Atas tiket kononnya tak dituju kepada sesiapa (walaupun hakikatnya orang boleh faham tempelak tu untuk siapa dan apa makna). Itu dah jadi lain kesnya. Dah lama rasa syok nak menempelak , sekali diri sendiri ditempelak , haa tahu pula nak sentap-sentap

Setiap perkataan boleh diterima dan ditolak melainkan perkataan Nabi. Raikanlah saja pandangan. Kalau tidak , masakan Islam pun ada 4 mazhab. Keempat-empatnya punya kaedah, peraturan dan panduan dalam mengeluarkan hukum, tapi masih agama yang satu, landasan yang satu, hujungnya matlamat kita juga satu

Kawan, kita mungkin berlainan bilik kabin , tiket yang berbeza , bagasi yang berbeza. Tapi kita mungkin satu kapal yang sama , sauh dan layar yang sama , nakhoda yang sama , berlayar di lautan yang sama , kalaupun kapal yang berlainan , kita masih di samudera yang sama , laut yang Tuhan cipta, akhirnya kita berlabuh di tempat yang sama juga. Usahlah lebarkan jarak perbezaan , kita dekati saja titik persamaan. Boleh saja kan?


ada orang lihat bilangannya tiga , ada orang lihat bilangannya empat
ada orang lihat bilangannya tiga , ada orang lihat bilangannya empat



Previous
Next Post »

6 comments

Write comments
cik karmila
AUTHOR
11 October, 2015 delete

betul sangat....perkongsian yang menarik !

Reply
avatar
PeRdU cINta
AUTHOR
11 October, 2015 delete

Sangat setuju...kita wajar menghormati tidak bermaknakita akur dan patuh pada kesalahan dan kesilapan..bukan ke menegur pada kebaikkan itu tanda sayang..sayang pada sesama insan..sayang jangan kerana sedikit kesilapan merosakkan banyak kebaikkan..

Reply
avatar
Efa Othman
AUTHOR
12 October, 2015 delete

Sangat-sangat setuju....

Reply
avatar