Kalau marah dekat mak sekalipun , walaupun sungguh terang benar salah dia (pada hemat mu) , kamu belum tentu boleh balas jasa besar mak yang mengandungmu , lebih 9 bulan lamanya ke hulu ke hilir bawak perut besar , masa nak tidur , mengiring pun tak selesa , terlentang pun tak lawas , tidur pun hujung-hujung mata sahaja , bukan lena sangat. Kepala asyik duk fikir kau yang bakal lahir . Hati teruja tak sabar nak tengok kau. Anak yang mungkin sudah lama ditunggu-tunggu
Saat melahirkan bukan senang , putus tiga urat tubuh keranamu seorang. Sakit amat siapa yang tahu. Berjuang kalau mungkin tak hidup lagi, mati sahaja takdirnya
Saat kau lahir , mak (dan ayah) lah insan paling gembira. Bagaikan seluruh dunia dan seisinya mereka yang punya. Tiada kata gambarkan rasa. Anak nyamuk sekor pun tak bagi dekat , kau demam kuning , mak sudah menangis. Bila lapar dan dahaga mak bagi susu , kau meragam malam-malam , mak datang peluk memujuk. Kadang-kadang sampai pagi rengekan kau , mak setia terduduk
Tak cukup duit , mak hutang merata , kau apa tahu?
Mak jadi guru pertama, kau mula bertatih ,mak pimpin. Kau jatuh tersembam , mak pujuk bagi harapan
Dan hari ini kau kata kau berjaya kerana usaha kau seorang? Bukan kerana mak punya dorongan? Bukan sebab mak punya asuhan?

Kau dewasa kerja berjauhan , mak di kampung sorang-sorang. Mak bukan harap duit upahan, cukuplah sayang tidak berkurang. Selalu ada jadi peneman
Kalau pun tak cukup mampu seperti mak curah sayang , jangan la derhaka bukan kepalang. Lupakah kamu hikayat si tanggang?
Nanti dosa , jawab la depan Tuhan
Orang baru masuk Islam pun disuruh berbuat baik dengan mak ayah kandung
Sedar diri sikit anak! Walau seinci zarah kau tak layak nak durhaka!

Ermmm...semoga kita semua dijauhkan dr jd ank derhaka..
ReplyDeleteMoga kita sentiasa mohon maaf daripada ibu bapa kita..
ReplyDeleteNauzubillahi Min Zalik, antara dosa-dosa besar yang minta dijauhkan dari kalangan keluarga kita.
ReplyDelete