11 September 2015

SARAPAN PAGI DI KUALA TERENGGANU : NASI MINYAK JOHN

KEDAI NASI MINYAK JOHN, KUALA TERENGGANU

Dah lama dengar-dengar kemasyhuran dan kelazatan nasi minyak john ni. Tapi sekadar dengar dan telan air liur je la. Weekdays kan kerja, hari cuti je boleh pergi beli, itu pun kalau tak mengantuk dan mood rajin nak drive pusing bandar

Pepagi jumaat ni tetiba datang mood rajin yang dah lama aku harapkan dalam diri aku. Cuba gagahkan diri untuk drive. Jalan pun lengang je , tenang dan damai. Rileks

budak ni bangun awal , boleh ikut abuya pusing bandar
Budak ni bangun awal , boleh ikut abuya pusing bandar

LOKASI KEDAI DAN HARGA NASI MINYAK JOHN

Kedai nasi minyak john ni terletak di Jalan Tok Lam , Kuala Terengganu. Berdekatan dengan Yen Tin Midtown Hotel. Bersetentang dengan deretan kedai yang berhampiran SK Paya Bunga

Harga dijual antara RM 3 hingga RM 5 mengikut lauk yang dipilih. Aku beli 7 bungkus , lauk gulai ayam , tambah 2 biji telur rebus. Ayam boleh tahan besar.Semua sekali berjumlah RM 32.50
Aku rasa okay dan berpatutan. Lazat diterjemahkan sehingga ke tulang rusuk kiri kanan aku ni ha. Orang kata, nasi minyak kosong sahaja tanpa lauk pun sedap

Asal usul nama nasi minyak john boleh BACA SINI 

Dek kerana kelazatan dan kemasyhuran nasi minyak john ini , dikhabarkan ketika bulan Ramadhan , ia laris dan cepat habis. Di bazar , kalau orang lain tutup pukul 7 , tapi lebih kurang pukul 4 petang, nasi minyak john ni  sudah habis. Alhamdulillah rezeki masing-masing

rebranding nama kedai , restoran seerai wangi
Rebranding nama kedai , restoran seerai wangi

bungkusan simple je
bungkus simple je

Nasi minyak john
nasi minyak john
gulai ayam , dimasukkan sekali telur rebus
Gulai ayam , dimasukkan sekali telur rebus


Selamat mencuba!






14 comments:

  1. Klu p kuala terengganu nnt boleh la snggah...fuh lapaq...

    Jemput terjah blog saya ^^

    ReplyDelete
  2. Nanti kalau ke ganu nak cuba JJCM kat sini.... tq Info nasi minyak ni...

    ReplyDelete
  3. makk aiii.. murah nyaa..siap calculate.satu bungkus 4ringgit lebih je.. huhu..xdapat jang kat kl ni..

    ReplyDelete
  4. Wah..sedapnya, tapi tak pernah lagi merasa nasi minyak john ni, biasa roti john je..huhu

    ReplyDelete
  5. Ya tuhaaaan, kecur air liur daku. Hahaa

    ReplyDelete
  6. Kalau ke Ganu..nak try ke sini..nampak sedap giless..*lap.air liur meleleh jap..

    ReplyDelete
  7. Kalau ke Ganu..nak try ke sini..nampak sedap giless..*lap.air liur meleleh jap..

    ReplyDelete
  8. sedapnyee..trus lapar plak tengoknyee

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaa...moh le banjer kita nnt

    ReplyDelete
  10. Salam singgah...
    berbaloi jugak harga dengan 7 bungkus nasi dengan lauk tu...

    ReplyDelete
  11. wahhh..sedapnye..belanja dehhh klu kite g ganu nnti..hihi

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.