22 September 2015

PENGHUJUNGNYA SAMA SAHAJA

Kaya atau miskin , berdarjat berpangkat atau gelandangan , penghujungnya sama sahaja

Bergaji 30 ribu atau 300 , boss atau kuli , penghujungnya sama sahaja

Naik motor ke , naik jaguar ke , rumah papan ke rumah batu , penghujungnya sama sahaja

Makanan ruji ikan kering ikan sardin , ayam golek atau daging panggang, penghujungnya sama sahaja

Pakai baju crocodile ke baju bundle, handbag LV atau coach pasar malam , kesudahannya sama sahaja

Kulit kamu hitam atau putih , pengakhirannya sama sahaja

Blogger top atau cikai , picisan atau otai, penghujungnya sama sahaja

Penghujungnya sama sahaja , tempat akhir dunia yang sama. Kamu sultan , kubur kamu indah tersergam, hatta kamu tahu tempat kamu bakal dikuburkan, penghujungnya sama sahaja. Sekalipun tubuh hancur diletup bom atau dimakan jerung, penghujungnya sama sahaja

Saat tiga langkah manusia meninggalkan kamu sendirian di kuburan , sederas itu malaikat bertandang dengan soalan

Bersediakah?

Cukup sudah amal buat bekalan? Berapa ribu kali taubat nasuha dimungkirkan? Berapa banyak kali lagi nak dengar bisik-bisik syaitan? Ralit diulit tipu daya kehidupan? Sedang mati pun sesaat tidak dilewatkan?


penghujungnya sama sahaja
Penghujungnya sama sahaja

8 comments:

  1. hurrmmm....terima kasih mengingatkan hari kematian

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana mengingatkan

    ReplyDelete
  3. ya penghujungnya sama sahaja, kdg kita lupa lalai dgn dunia :(

    ReplyDelete
  4. betul!kaya mana pun,hebat mana pun..kita tetap hambaNya..

    ReplyDelete
  5. Betul tu abg nizam. penghujungnya kita sama :) Selamat Hari Raya Aidiladha dari Nani :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu... pengakhiran kita sama sahaja. Niat kehidupan beserta amal jariah yg membezakan darjat kita di sisiNya.. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.