23 September 2015

PANTUN BUAI LAJU LAJU

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Sayang hendak kamu tahu
Dunia ini fatamorgana

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Pasak dada dengan ilmu
Hidup ini sementara

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Kalau tiada ilmu
Hidup merana , mati pun seksa

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Santuni abuya bondemu
Limpah kasih tiada tara

Buai laju laju
Sampai pohon sana
Abuya tidak ada selalu
Ingat Tuhan , tak kan kamu terhina

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Sayang jaga aurat dan malumu
Itu perisai dari durjana

Buai laju laju
Sampai pohon sena
Sayang nanti taati suamimu
In sya Allah berbalas syurga

Buai laju laju
Jangan lah laju sangat
Kalau laju sangat
Nanti adik jatuh..


taman
Taman

taman
Taman

posing masa kecil
Posing masa kecil

posing masa besar
Posing masa besar

makan ais krim sambil tunggu abuya balik
Makan ais krim sambil tunggu abuya balik

ralit sangat , dah maghrib tak mahu masuk rumah
Ralit sangat , dah maghrib taknak masuk rumah

8 comments:

  1. Nasihat dari ayah buat anak :)

    ReplyDelete
  2. yang last tu bukan pantun kan?ahha

    ReplyDelete
  3. aik...kenapa yang last tu lain plak tune dia...hehehehe

    ReplyDelete
  4. last tu saje jer ending gimik....haha

    ReplyDelete
  5. Buai laju laju
    Sampai pokok sena
    Amal segala ilmu itu
    Bantu abuya bonda di sana.

    ReplyDelete
  6. buai laju laju
    sampai pokok sena
    taat ayah ibu
    Allah janji syurga

    Salam aidil adha buat nizam sekeluarga dari kak ana :)

    ReplyDelete
  7. Amboi seronoknya main buaian..

    ReplyDelete
  8. dulu rasa time tadika lirik lain.. hahaa ke sama ? tah..
    lama tak naik boyan.. rasanya bleh ranap kot kalo naik skrang kekeke..
    berat tak dapat ditampung..

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN