bahejabella: TAK PASAL- PASAL STATEMENT FATIMAH SYARHA JADI VIRAL

TAK PASAL- PASAL STATEMENT FATIMAH SYARHA JADI VIRAL

/
18 Comments
August 08, 2015

ANAK MINUM SUSU LEMBU , JADI PEMARAH?

Bertenang ibu-ibu semua. Jangan marah-marah. Aku sokong je ayat ustazah fatimah syarha dalam fiqh wanita semalam tu. Ok apa dia cakap. Dato Dr. Mohamad Fadzilah Kamsah pun selalu sebut kurangkan amal makan daging merah (lembu dll) , ambil daging putih (ayam) kerana kalau tak mempengaruhi akhlak sekalipun , ia akan mempengaruhi kesihatan gak , kan. Maaf , bukan lagak saintis pun ye

Cerita viral:

program fiqh wanita , tv3
Program fiqh wanita , tv3
Itulah dia isu viralnya , apabila satu kenyataan ustazah di screenshot dan di cropkan. Gigih betul orang sekarang. Ustazah tu banyak buat novel , kang tak pasal-pasal dia bertambah kaya , novel bertambah laris hasil dari viral ni. Hangpa yang duk carut-carutkan tu , dapat apa?

Ustazah ni saya kenal. Satu batch di sekolah menengah. Tapi tak sekelas sebab kelas di asingkan antara lelaki dan perempuan. (Ni bukan artikel semata-mata nak bela dia sebab batchmate ye). Memang dari zaman sekolah menengah , dia terkehadapan. Pegang dua tiga jawatan juga dalam sekolah dan persatuan. Bunga-bunga dia akan jadi glamour suatu hari nanti dah terserlah sejak zaman sekolah. Sekarang fb page pun hampir mencecah 200 ribu

Berjinak jinak menulis novel sejak zaman universiti. Novel pertama yang laris di pasaran bertajuk "seindah mawar berduri" . Dia pun dah jadi idola wanita-wanita , kebanyakannya students ipt yang mencari kehidupan dan susasana hidup yang lebih baik. Novel (aku baca gak) dia banyak beri manfaat

Pernah gak la aku usik isteri aku (masa tu belum nikah lagi) , saje je acah-acah sebut-sebut nama syarha ni. Kemain isteri aku jeles. Merajuk. Sekarang kalau nampak je muka ustazah syarha dalam tv , cepat-cepat dia alih chanel lain, konon tak nak bagi aku tengok

BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

Ye , kita semua ada pendapat. Kadang-kadang kita ghairah dengan pendapat sendiri. Time nak mengutuk tak ingat apa dah. Masa aku di cairo , ada juga la bakal isteri (time tu) pos novel-novel syarha ni barang dua tiga buah. Walaupun aku tak berapa nak minat baca novel , tapi aku terpaksa akui , novel ustazah ni lain dari yang lain. Banyak benar perbezaan dengan novel cinta khayal ke laut yang bersepah di pasaran

Ok , panjang pulak dah macam review. Korang belek la sendiri blog dia ye ;

 www.sebarkanbahagia.blogspot.com

Rasanya , syarha bukan nak cerita lebih pasal dna dari sudut sains. Marah benar doktor sampai karang panjang lebar maksud dna. Kita semua pun faham pasal dna tu. Ada aku baca komen-komen emosi "dah kalau makan kambing , jadi kambing ke kita"?Hehe. Ada yang kata , minum air zam zam pun tak semesti jadi baik , masih kekal dengan kenakalan pun ada. Masya Allah , tu ikhtiar kita sahaja, sambil minum , sambil doa , macam tu jugak nak bagi susu kat anak pun. Yang memakbulkan dan memberi kebaikan segala dari Allah

Kita ni orang dewasa. Ada pilihan nak makan kambing ke lembu ke siput ke, ada akal dan nafsu, ilmu dan emosi. Aku rasa syarha nak cakap , anak kecil tiada akal pemikiran lagi, ibu bapa la yang mencorakkan perkembangan anak masing-masing. Itu hanya perbandingan dan nak berikan gambaran betapa moleknya susu ibu berbanding susu proses (makanan proses sekali). Korang kan pernah dengar omputih cakap "you are what you eat". Kalau omputih cakap , boleh terima pulak kita ye?

Betul la tu , kan pemakanan mempengaruhi tubuh badan juga? Memang susu ibu terbaik di dunia , cukup khasiat segala. Cuma tak ada la cop DHA, EPA, omega 3, kalsium ke apa kat dada si ibu tu. Aku juga perasan kat anak-anak aku bila dah start bagi susu formula. Macam-macam demam mula nak menyinggah

Mak-mak jangan marah. Aku pun bagi gak susu tepung kat anak. Tapi aku tak marah syarha (bukan sebab dia schoolmate aku). Jauh dari lubuk hati yang paling dalam , kita pun terpaksa akui hakikat, susu ibu tiada tandingan. Kat paket susu tepung tu pun cakap menda sama. Ada orang tua dan berpengalaman dalam hidup pun , bila bersembang bab ni cakap macam lebih kurang ayat syarha tu jugak. Hadap sajalah telinga ni. Nak nilai kenyataan syarha tu kena tengok keseluruhan program dan semua ayat dia. Bukan ambil sekerat-sekerat. Tak adil. Aku tak sempat tengok sebab time tu solat jumaat. Lagi satu kalau aku tengok , comfirm isteri menjeling tajam

Jangan marah ibu-ibu , kalau dah segala usaha ikhtiar untuk bagi susu ibu untuk anak-anak , tapi tak berjaya ,terpaksa bagi susu tepung pun, ok la. Takkan nak anak berlapar pulak, kan

Dah cuba pakej bersalin , berpantang dan menyusu dengan nutrisi ni? In sya Allah , sangat membantu sessi penyusuan anda. Ehh orang lelaki pun tahu pasal menyusu? Kenapa tak boleh tahu? A father can be a mother too. Kalau tak ada sumbangan si ayah pun , mana mungkin ibu dapat menghasilkan susu. Sebab tu kalau nak tumpang menyusukan anak orang lain , kena minta izin, redha dengan suami. Sekarang pakej ni ada promosi tau

pakej berpantang dan menyusu
Pakej berpantang dan menyusu

Jangan tak tahu , set berpantang dan menyusu ni menjadi pencarian nombor satu di google. Baca fungsi DISINI

unggul di carta
unggul di carta



Allah Maha Menyembuh


Bernutrisi dan konsultasi percuma ?


Muhammad Nizam Yusof
Founder & Director : NZ World Kingdom

INFO LANJUT :-


SMS / WHATSAPP 013 976 1627
Emeil ; alluana35@gmail.com
FB : Muhammad Nizam



You may also like

18 comments:

  1. wah...win2 situation ni...apapun..pada pandangan peribadi SA ustazah ni x study habis kot maklumat atau tajuk yang nakdisampaikan...

    ReplyDelete
  2. Along tgk smlm feqh wanita tu... Menarik apa yang cbe disampaikan oleh ustazah fatimah.. ia skdr prumpamaan kasar, nak mnjukkn btapa susu ibu susu yg trbaik. bak kata org putih.. "YOU ARE WHAT YOU EAT"... venda yang kita makan dan minum akan jadi darah daging kita... sistem imunisasi bayi dengan sistem imunisasi orang dewasa kan berbeza..bila kita jaga pemakanan bayi.. insyaAllah, semuanya akan ok untuk si bayi membesar.. Semuanya atas takdir Allah, kita sekadar usaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. smart pulop ayat long ni.. nak copy masuj edit entri la.. haha..

      by the way , gi jemaat tak semalam?hehe

      Delete
  3. good sharing.. thank you.. follow sini..

    ReplyDelete
  4. kenapa susah sgt nk percaya betullah kata ustazah tu..susu ibu manusia terbaik utk anak manusia Allah dh tetapkannya dgn syarat tertentu demi kebaikan hamba-hamba-Nya. anak yg menyusu ibu yg bukan ibunya tiba2 tlh terjalen ikatan yg erat dgn ahli keluarga ibu tersebut pula...hebatkan susu ibu.

    ReplyDelete
  5. Mungkin itu pandangan beliau kan.

    ReplyDelete
  6. hihi, tak sangka boleh jadi viral benda ni.
    bagus la tu, sekurang-kurangnya cara pemikiran analitikal masyarakat Malaysia ni dah semakin berkembang, akan analisis dulu sebarang berita yang sampai.
    saya setuju yang susu ibu adalah yang terbaik, tapi tentang DNA tu, saya tak setuju sangat.
    yang pasti, DNA kita adalah gabungan dari DNA ibu dan ayah kita.
    itulah sebaik-baik kejadian.
    -blogspot : rawatankanser2013

    ReplyDelete
  7. Bleh tau x sekolah mn? Rs mcm ustazah fatimah syarha ni senior sy..

    ReplyDelete
  8. Bleh tau x sekolah mn? Rs mcm ustazah fatimah syarha ni senior sy..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. anda sekolah mana? apa nama sekolah anda?

      Delete
  10. Tak tau laa nak kata apa.. sekarang ni lambat tgk yang boleh buat viral terus org cbuk duk viral..

    ReplyDelete