31 August 2015

RAKYAT TERENGGANU JANGAN MUDAH LUPA

Rakyat Terengganu jangan lupa, bagaimana negeri Terengganu, negeri yang mempunyai lebih 90% orang Melayu beragama Islam, dibawah sedari pemerintahan yang silam, hasil bumi petroleumnya disedut untuk mengkayakan negeri-negeri lain

Rakyat Terengganu jangan lupa, selepas beralih pemerintahan silam, royalti minyak yang cuma barang 5% pula dinafikan. Kononnya mahu digantikan atas nama ihsan. Tidak cukup membaham 95% untuk Kerajaan Pusat

Jangan lupa , sudah berdekad rakyat Terengganu dibodohkan konon-kononnya itu bukan bukan hak negeri tapi hak pusat?

Sehinggalah akhirnya , mantan menteri besar hanelang Dato' Ahmad Said bersumpah dalam Mesyuarat Agong Bahagian Kemaman membongkarkan segala-galanya di hadapan Tan Sri Muhyiddin Yassin

Malah turut memberitahu Sultan Terengganu untuk menubuhkan  Jawatan Kuasa mengkaji undang-undang Tubuh Negeri Terengganu untuk membuktikan petroleum sebenarnya hak negeri Terengganu. Hak rakyat Terengganu!

Itu lah dia parti khianat pada bangsa sendiri. Tapi slogan keramat tak nak kalah , membela rakyat dan bangsa? Hingga Terengganu yang berbelanja besar pun masih berada di ranking nombor 2 paling miskin rakyatnya di Malaysia? Kaya dengan hasil , tapi negeri miskin , hanya menganga saja tengok pembangunan negeri luar?

Rakyat Terengganu jangan lupa , siapa yang salah guna wang Terengganu untuk pelaburan PERWAJA berbillion ringgit. Siapa yang mulakan henti bayaran royalti petroleum Terengganu? Era siapa?

LPT 2
LPT 2
Terengganu dapat lebuhraya (setelah 25 tahun pemerintahan silam dengan hasil petroleum??). Tapi lebuhraya jadi jolokan lebuhraya ngeri. Kesian sungguh negeriku ini. Tak segah lebuhraya lain. Lebuhraya kita dibuat cincai dari bahan second hand. Tidak jarang , sepanjang perjalanan atas lebuhraya itu kadang terlupa sambil memandu , "aku ni naik kereta ke naik kuda". Lihat saja sesetengah tempat rehat dan rawat di lebuhraya kita yang sendu ibarat hidup segan mati tak mahu. Itu belum masuk lagi cerita mistik

Bukan soal tak bersyukur atau rungut dan kondem tak tentu hala. Tapi ini hal ambil kesempatan dan agenda pembodohan , dulu kini dan selamanya!

Merdeka!

4 comments:

  1. Tp rakyat terengganu masih ramai lupa dan belum sedar. Sedih!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik ganu weh.. bo bo la duk luar nyerr

      Delete
  2. Terengganu...jangan mudah lupa..hehehe

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.