01 August 2015

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Fitnah Terhadap Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang Yang Di Dakwa Menjadi Pusat Penyebaran Hadis Palsu

DARUL HADIS PULAU PINANG

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu Fitnah Terhadap Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang Yang Di Dakwa Menjadi Pusat Penyebaran Hadis Palsu

Saya menerima panggilan yang banyak untuk memintak penjelasan terhadap isu Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang menjadi pusat penyebaran Hadis Palsu di Pulau Pinang yang telah disebarkan Atas Nama Dr Jailani (Penguam) Melalui Aplikasi Whatsapp Dr Maza.

Ini Jawapan saya :

Pertama sekali saya merasa begitu kesal atas fitnah yang dibuat. Namun saya mengambil sikap yang diajarkan oleh Islam adalah dengan meminta kepastian dan penjelasan dengan menghubungi sendiri Dr Jailani dan dalam perbualan kami beliau sendiri tidak pasti adakah kenyataan itu benar ataupun tidak dari Dr Maza.

Maka disini jelaslah bahawa sebaran ini jelas sekali tidak berasas dan hanyalah fitnah semata-mata kerana kami tidak pernah menubuhkan Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang untuk tujuan demikian.

Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan dan menuntut kepada Dr Maza dan Dr Jailani yang sengaja atau dengan tidak sengaja membangkitkan berita ini, supaya memberikan kenyataan rasmi terhadap isu ini secara terbuka kerana dengan sebab PENAMA ini telah mengecewakan hati-hati dan menghilangkan kepercayaan mereka yang telah membuat sumbangan terhadap Institusi ini (PPDHPP).

Perbuatan fitnah ini juga boleh menggagalkan impian kami untuk membina Pusat Pengajian dengan mengumpul dana pembelian tanah di Lot 439 & 440 Pokok Machang Tasek Gelugur seluas 5,4 ekar yang berharga RM2,008660.40

Jesteru, saya dengan hati yang terbuka juga meminta kepada mereka yang telah membuat dan menabur fitnah terhadap kami supaya memohon maaf kerana fitnah memfitnah ini bukanlah ajaran yang diajar oleh Islam.

Bertapa ruginya ummat Islam dalam isu fitnah ini

Sekian dari saya,
Mohamad Hanif Bin Haron
Mudir,
Pusat Pengajian Darul Hadis Pulau Pinang

1 Ogos 2015 Sabtu
Jam 6.10 petang

5 comments:

  1. isu yang memang merugikan umat Islam.
    Sepatutnya kita saling membantu untuk membangunkan pusat pengajian agama Islam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fitnah sana sini...
      ustaz hanif haron ni saya kenal tuannya , walaupun tak rapat....
      pernah bermukim satu asrama di cairo dulu...

      Delete
  2. FITNAH MENGADUDOMBA MUNGKIN TU..

    ReplyDelete
  3. kedua-dua ulamak..2-2 nya aku hormat.

    cdgn...sila ambil Dr Maza sebagai penasihat sekolah sebab dia pakar hadis. Silap penyampaian maka hadis2 palsu akan terus bersebaran dr generasi ke generasi. Dr Maza pula perlu berhati2 jgn smpai hajat yg baik x difahami rakyat marhaen sehingga menimbulkan fitnah. Org hadis ini memang sedikit keras dgn ilmu hadis ni.

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.