KEK 2.6 BILION UNTUK BIRTHDAY BAHEJA
Baheja turn 4 . Semalam (4 ogos 2015) , genaplah sudah kehidupan si baheja nafeesa , anak sulong abuya ni 4 tahun. Dah petah bicara , aktif inovatif segala. 4 tahun sekejap sangat masa beredar. Pejam celik pejam celik , tahun depan dah nak masuk tadika
Rasa macam baru sangat azan di telinga , peluk cium , gomol-gomol , geletek baheja masa kecik-kecik. Rasa macam baru je nak sembelih kambing buat aqiqah , mensyukuri kelahiran baheja, macam baru semalam shopping berhabis beli 10 helai gaun princess masa raya pertama baheja. Masa tu , dah tak fikir sangat pun duit gaji lambat lagi masuk , poket nipis , yang penting fikir untuk hias baheja comel-comel je. Anak abuya mesti dicomel-comelkan. Duit boleh dicari, ceruk mana pun boleh usaha lagi. Anugerah Tuhan (baheja) ni untuk abuya dan bonde , tiada galang ganti
Teringat masa baheja baru lahir , mudah dan lancar sahaja prosesnya, Alhamdulillah. Saat itu , Ya Allah , rasa macam abuya la orang paling terbahagia di dunia. Dah jadi ayah rupanya. Besar tanggungjawab dah bermula. Semua orang suka tengok baby baheja , ramai sanak saudara , kawan-kawan yang berkunjug ziarah nak tengok baheja. Dapat hadiah macam-macam. Duit tabungan untuk baheja pun penuh. Baheja kena demam kuning , seminggu juga dikuarantin. Masa tu bonde dia menangis sepenuh perasaan. Abuya pula yang kena tenangkan dia. Tak tahan, kesian tengok baheja kecik-kecik dah kena demam dan terpaksa pula ditinggalkan di hospital
Ingat masa baheja baru boleh berdiri. Kaki tak kukuh lagi. Belum kuat. Nak bangun je asyik jatuh. Nak melangkah setapak je , tersembam lagi. Baheja kecik-kecik suka berdikari. Nak berjalan tanpa bantuan , banyak kali sangat jatuh. Tu belum lagi abuya kena buat pagar dengan kotak letak dekat tangga sebab nak halang baheja yang selalu mendaki sampai ke tingkat atas. Tapi baheja ada sisi penakutnya , tak boleh dengar bunyi blender. Dengar je bonde atau tok dia blender bahan-bahan nak masak , mula la menangis, peluk abuya. Pernah sekali pergi pulau perhentian masa umur dia setahun , dengar bunyi bot pun , dia takut. Menangis dan peluk erat kita
Baheja anak nan sorang masa tu , kalau kawan-kawan bonde dia datang ziarah dari KL , memang selalu saje baheja ni di bawa berjalan-jalan, naik kereta pusing bandar. Suka sangat la pergi taman , makan ais krim , ermmm sampai habis gigi atas pun dah tiada sekarang. Nak sekat-sekat sangat pun , kadang-kadang bagi juga ais krim tu. Kesukaan bebudak
Bila dah besar sikit , pandai kenal dunia sikit , selalu la pergi kolam. Walaupun abuya yang excited terlebih sebenarnya nak swimming. Abuya kawal baheja dengan adik ok. Hari-hari akhir sebelum kelahiran adik naurah , abuya nak luangkan masa sebanyak-banyaknya dengan baheja. Tiap petang pergi taman, pergi jalan. Sebab nanti abuya tahu , adik dah lahir , kasih kena kongsi , sayang. Kakak jangan lah cemburu sangat ya. Naurah tu kan adik kakak. Kena main sama-sama. Kakak kan pelindung adik
Baheja sayang , masa depan penuh pancaroba. Dunia sekarang menggila amat, banyak fitnah. Kalau sayang tak kuat akidah , sayang akan hanyut (Nauzubillahi min zalik). Abuya dan bonde tak akan selama-lamanya ada di sisi. Sampai masa , kakak ada kehidupan sendiri. Kakak kukuhkan iman , pasak jiwa dengan kejujuran. Hidup berTuhan. Kakak jadilah wirawati untuk ummah. Bawa cahaya, penunduk kegelapan. Ingat abuya pesan , dunia ni banyak kepalsuan. Bercakap benar kadang-kadang takkan menang. Bercakap benar akan dibenci sebab kebenaran kadang-kadang pahit. Kakak jaga diri ye. Nanti abuya dah tua, abuya tak nak harap duit harta. Abuya nak habiskan hayat dengan anak-anak abuya. Moga-moga nanti , di akhirat , kakak pakaikan mahkota untuk abuya
![]() |
BAHEJA , TURN 4 |
![]() |
HAPPY BIRTHDAY SAYANG |
Kek cuma satu , celebrate sekali harung dengan birthday bonde dia (3 ogos). Hehe, jimat sikit poket. Pandai tak abuya plan tarikh bonde nak mengandungkan baheja, hehe. (Allah jua sebaik-baik Perancang)
Kek bukan harga 2.6 bilion pun. Kek biasa-biasa je, tapi ia lebih dari nilai duit segala. 2.6 bilion terlalu murah untuk nilai kasih sayang, cinta abuya untuk kakak,adik dan bonde. 2.6 bilion tak sama nilainya dalam hati abuya. Dermalah banyak mana, 2.6 bilion tak sesekali boleh beli kasih abuya
Tuhan, jaga dia, pelihara dia. Biar aku saja yang menanggung segala kedukaan dia dan berilah segala rasa kebahagian dan kegembiraan aku kepadanya. Sayang baheja
Love & Faith
abuya
Semoga membesar sihat sempurna baheja cayang..selamat hari lahir baheja
ReplyDeletesemoga panjang umur
ReplyDeletedemi si buah hati rela keluar uang banyak
ReplyDeleteselamat hari lahir baheja,,,harta kesayangan abuya n bondanya semoga membesar mnjadi anak solehah kebanggaan keluarga.
ReplyDeleteBaheja..dirimu anugerah..untuk abuya dan bonda..
ReplyDeleteBaheja..dibahumu tergalas 1001 tugas untuk keluarga,,tanah air dan agama
Baheja..hidup ini tidak semudah yang disangka..banyak perkara diluar duga..moga hatimu diikat dengan cinta Allah yang Esa..selamat ulangtahun kelahiran dear baheja..
Happy Birthday, Comel!!
ReplyDeleteSemoga sentiasa menjadi anak yang solehah, Amiin..:)
ReplyDeleteselamat hari lahir baheja..
ReplyDeleteselamat menyambut hari lahir . semoga jadi anak yg sebagaimana ibu ayah impikan ...
ReplyDeleteselamat ulangtahun baheja. =)
ReplyDeleteSelamat hari lahir baheja ^-^
ReplyDeleteHahahhaa amboii
ReplyDelete