bahejabella: CARA PUJUK SUAMI MERAJUK

CARA PUJUK SUAMI MERAJUK

/
17 Comments
August 17, 2015

Lepas entri hits CARA PUJUK ISTERI MERAJUK , sekarang ada pula cara pujuk suami merajuk ye. Bukan isteri je nak merajuk-rajuk ni. Suami pun ada harinya dia merajuk. Tapi tak samalah dengan orang perempuan merajuk. Orang lelaki ada ego , tak banyak pun , sikit mesti ada (kononnya mengekalkan kemachoan). Ramai yang sukar mengalirkan air mata. Kononnya "aku keras" , "aku macho" , mana boleh nangis-nangis. Tapi, ingat kawan. Nabi kita selalu menangis , saat rindu yang tak tertanggungkan, saat cintanya menerjah ingatan , merindukan sang isteri ,Ummul Mukminin, rindu serindu rindunya Siti Khadijah yang telah lama pergi. Ya , mana mungkin tidak rindu. Isteri yang dulunya wanita cantik di Mekah , peniaga yang berjaya kaya raya sanggup menyerahkan dan mengorbankan segala-galanya demi Islam , demi Rasulnya. Hingga saat-saat akhir usia masih memikirkan apa lagi pengorbanan yang boleh diberi untuk agama. Mana mungkin tidak bersangatan rindu padanya, saat Rasulullah meribakan Siti Khadijah yang sakit, saat air mata mengalir dan menitis, Siti Khadijah masih mahu berniat menyumbangkan tulang rusuknya untuk mempertahankan agama. Allahu Rabbi,,....isteri apa ini? Bidadari manakah ini...?

CARA PUJUK SUAMI MERAJUK

1 - BIAR DIA LEPASKAN

Oppss, jangan salah faham. Bukan lepaskan talak!!! BIG NO!!.. Biar dia lepaskan apa yang terbuku dan tersimpan dalam hati. Selama ni asyik korang je kan membebel , haa kali ni suami nak membebel, biar dia habiskan bebelannya. Jangan menyampuk , jangan mencelah , jangan lawan marah (selagi tak datangkan mudhorat). In sya Allah , bila dia keluarkan semuanya , lega sikit kemerajukan dia dan rasa ringan sedikit akal otaknya itu . Selalunya suami merajuk sekejap je

2 - JANGAN MENJAWAB WALAUPUN ANDA (ISTERI) BETUL

Kalau dua-dua ego , dua-dua nak tegakkan hujjah , dua-dua tak nak mengalah debat , binasa lah perhubungan. Biar mengalah dulu. Mengalah tu kan bukan kalah. Mengalah tu menang. Dia yang tengah marah tu yang tak boleh kawal perasaan dia , dia tidak kuat sebenarnya walaupun badan, lengan dan perut berketak, tapi lemah dengan hawa nafsu,, nafsu amarah

3 - BIAR SAMPAI DIA SIMPATI

Kalau hidang makanan kat dia , dia tak nak makan , dia tolak pinggan sampai pecah berderai sekalipun , takpe , sabar. Berhari-hari di buat tak layan? Takpe, teruskan doa dan rutin pujukan anda. teruskan hidang makanan atau lipat stok pakaian yang bertimbun (di hadapan dia) atau gosok (seterika) baju dia banyak-banyak untuk persediaan seminggu terus ke, In sya Allah , moga dia terbuka hati dan lahir secebis simpati , terharu dan belas bila tengok usaha anda yang berterusan itu. In sya Allah , lembut juga hatinya yang ego dan keras

4 - MINTA MAAF

Dahulukan minta maaf. Biarlah isteri (mungkin) tak bersalah pun , ingat, anda akan menang besar jika dahulukan minta maaf dan mengalah. Ikut skill masing-masing nak minta maaf. Tulis sekeping nota  ke dalam bekal sandwich dan letakkan dalam kereta senyap-senyap tanpa dia sedari. Haa kan ada elemen surprise situ. Suami sampai pejabat , sedar-sedar je dalam kereta ada bekal sandwich , bila buka bekal tu , nampak pulak nota, cair jugak la sikit

5 - SENTIASA CANTIK DAN BERHIAS 

Anda memang sudah cantik di pandangan mata dan hati suami. Sentiasalah pasang badan, tampil cantik-cantik depan suami , dalam rumah, bukan masa di luar rumah sahaja. Kat luar , nak tunjuk pada siapa? Nak suruh siapa puji? Ikhlas ke pujian orang luar tu? Nak pakai sendat-sendat , seksi dan lawa-lawa, bermaskara , gincu 40 inci , sembur perfume , pakai la dalam rumah. Pasang lagu hindustan , geletek sikit dia dan ajak menari , kejar-mengejar pusing meja makan , pun boleh. Jangan lupa , set cantik shaklee pun ada ye

6 - MANDI BERSAMA

Ni amalan Rasulullah dengan isteri. Cuba pasang strategi macamana nak ajak dia mandi bersama. Mungkin boleh buat surprise lagi , duduk diam-diam bersedia dalam tub mandi , biar dia terkejut masa dia masuk bilik mandi  tu. Kalau tak ada tub , pandai-pandai la buat strategi lain , sembunyi belakang pintu ke , dalam mesin basuh ke. Haa baru rare

7 - GUNA ANAK

Bagi yang ada anak , boleh manfaatkan strategi guna anak ini. Mungkin boleh suruh anak tanyakan soalan-soalan menyentuh perasaan kepada si ayah. Contohnya : " ayah , ayah dah tak sayangkan kaklong ke?" , "kenapa ayah marah-marah , adik takut lah" "ayah , kesian ibu tidur sorang-sorang , nanti ibu nangis hantu datang cekik"

8 - JANGAN TERLALU MENYIASAT

Rumah tangga salah satunya dibina atas dasar kepercayaan dan kejujuran. Sebahagian suami rasa rimas dan marah jika anda terlalu nak menyiasat. Selalu baca mesej telefon dia , selalu selongkar beg dia , selalu stalk facebook dia , cuba nak hack password dia , selalu tanya itu ini. Baru balik kerja , penat-penat , dah kena tanya soalan macam-macam. Ada suami yang tak kisah , tapi kalau suami tak suka dan sudah beri amaran , jangan buat itu semua , maka jangan lah. Kalau dah rasa ragu-ragu dan nak menyiasat sangat , pandai-pandailah pasang strategi. Cari saja penyiasat upahan


9 - GUNA ORANG TENGAH

Orang tengah bukan sebarang orang tengah. Tak perlu menceritakan segala-galanya hal rumah tangga. Tak perlu canang seluruh dunia masalah anda. Itu aib. Jaga maruah anda. Kalau dia rajuk berpanjangan dan anda temui jalan buntu , mungkin jalan terakhir anda perlu jumpa orang tengah. orang yang disegani sang suami. Orang yang anda percaya , mungkin suami akan dengar nasihatnya. Jangan salah orang pula. Selidik dulu. Mungkin emaknya. ustaznya , pak ngahnya ?



Bahagia itu , kita yang pilih!



You may also like

17 comments:

  1. Ok.noted. boleh guna pakai nanti. Hahah

    ReplyDelete
  2. nomb 4 tu mmg berkesan...tiapkali asben kita majok...dgn point nomb 4 dia akan lembut semula

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Singgah petang...

    ReplyDelete
  4. selalu pakai no.4....rasa macam ada tak kena, dia tarik muka terus minta maaf...risau merajuk dia melarat

    ReplyDelete
  5. korang ni buat la rare sikit , sembunyi dalam washing machine.... haha

    ReplyDelete
  6. Haha tak tahan sembunyi dalam mesin basuh....rare betul tu!!

    ReplyDelete
  7. WoooW... Pasti... Pasti.. Wife kena alertkan... :)

    ReplyDelete
  8. kalau saya ,saya akan usik dia..acah2 dia bagi dia senyum..buat joget lambak ke..tarian piring ke,tarian kipas ke,tak lama lepas tu ok la dia..erm..tapi suami tak pernah merajuk pun...ekekek

    ReplyDelete
  9. Nanti ibu nangis hantu datang cekik ya he he...insyaallah info bermanafaat..

    ReplyDelete
  10. salam singgah sini..wahh....terbaik ni...tapi nasib baik hubby diana tak kuat merajuk yang kuat merajuk adalah diana...hihi

    ReplyDelete
  11. Hehehe kalau tak pujuk takpe tak hahaha..Biar jer dia sejuk sdiri ..Tahu laa dia nak jadik sejuk tu hahaha..

    ReplyDelete
  12. boleh amalkan ni.. hihih

    ReplyDelete
  13. Hehehe berguna gak ni utk aktivt pujuk memujuk

    ReplyDelete