14 August 2015

CARA PUJUK ISTERI SEDANG MERAJUK

Haa , kisah isteri merajuk pula ye. Ni pun masih dalam terminologi "lifestyle" kan. Asam garam rumah tanga biasalah , sedang lidah lagi kan tergigit , inikan pula rumah tangga yang lebih besar dari lidah itu. Bukan semudah abc nak menakhodai bahtera. Perlu lengkap dengan segala perisai terutamanya suami. Nak berumah tangga pun perlu menuntut ilmu juga. Kalau manis sepanjang-panjang masa , tak ada la cabaran pula dan akan kurang lah rasa terbelajar dari pengalaman. Pengalaman kan guru terbaik. Tak gitu? Sayyidatina 'Aishah pun merajuk dengan Baginda

Pujuk-pujuk sang ratu bagi suami ni bukan boleh dibuat-buat. Bukan boleh ditiru-tiru dari drama. Ia lahir dari pengalaman sendiri atau orang sekeliling yang terdekat. TV tu boleh je tengok , tapi tengok hujung-hujung mata sudah la. Nama pun drama , watak-watak tengku-tengku ,korporat, kerabat-kerabat , hartawan kereta mewah , senematografi luar negara semua tu kadang-kadang tak menggambarkan pun senario sebenar orang kita. Hakikatnya masih ramai lagi gelandangan dan fakir miskin di sekeliling kita semua

KALAU TAK BANYAK PUN , SEDIKIT MESTI ADA

Wanita lumrah dan fitrahnya ada sifat cepat merajuk. Tak banyak pun , sedikit mesti ada. Lelaki pun merajuk , tapi lelaki ditambah dengan sedikit ego, ego yang kalau tak banyak pun , sedikit mesti ada. Sebenarnya , si isteri minta perhatian , zahirnya merajuk dan emosi dengan suami , tapi ruhi jiwanya meronta-ronta berkata "pujuklah aku, pujuklah aku". Kadang-kadang hal remeh pun nak merajuk. Dia nak tengok usaha suami sejauh mana bersungguh. Kalau suami pula buat-buat tak faham , atau buat tak peduli saja , atau turut sama merajuk , alamatnya rosak lah perhubungan. Rosak ,kalau tak banyak pun , sedikit

BAGAIMANA CARA PUJUK ISTERI MERAJUK

1 - PENGHARGAAN - BUNGA

Beli bunga hidup tau, bukan plastik. Ala klise laa, bunga jer kan. Macam dalam drama korporat juga. Tapi ini bunga bukan sebarang bunga. Romantik la sikit. Walaupun akhirnya ada sedikit kerugian (sebab bunga akan kering , layu dan mati) .  Kalau dah selalu bagi sejambak bunga depan mata, kali ni time dia merajuk ,  ubah sikit skill bagi bunga, cabut kelopak-kelopak bunga tu dan tabur di bawah cadar atau masukkan dalam sarung bantal. In sya Allah , reda dan sejuk la hendaknya rajuk si isteri tu

Tidak terikat dengan bunga sahaja. Bermacam-macam bentuk penghargaan atau pemberian yang boleh di buat. Kalau dia suka coklat , beri coklat. Kalau suka kain batik , beli kain batik. Kalau dia suka kucing , ha beli kucing. Kalau kucing berak merata , suami basuh , baru gentlemen

kakak nak bagi bunga
kakak nak bagi bunga , time ni bukan sebab bonde  dia merajuk , tapi untuk ucap tahniah sebab baru melahirkan adik naurah

2- SENTUHAN, PUJIAN , UCAPAN DAN JANJI

Sentuh-sentuhan ni bukan bermaksud sentuhan "itu" sahaja. Pegang erat tangan , bisik di telinga . Ingatkan dia Tuhan, zikir dan solawatkan. Ucapkan dia sayangmu , hembuskan dia kasihmu. Ucapan luhur dari hatimu. Singkirkan saja dalam longkang akan egomu yang melampau itu. Geletek , urut kaki , picit hidung dia, tidur atas ribanya. Tak cukup lagi dengan ucapan bibir, tulis lah kad atau nota. 

3 - MENGALAH ITU PERIT , TAPI BERBALOI UNTUK ORANG YANG DISAYANGI

Tak luntur kejantanan pun jika dahulukan kemaafan. Tulis maaf , luahkan kata cinta , cinta tak bersyarat , cinta sepenuh-penuh hati , janji dengan dia kesetiaan , janjikan dia tidak akan pernah buat dia menangis lagi, Jika kamu ingkar , kamu kena bertaubat!

4-POHON RESTU TUHAN , BACK TO BASIC

Tak sempurna rumah tanggamu jika tiada pertolongan Tuhan. Selepas geletek , ajak lah solat berjemaah. Kalau tak solat fardhu , solat sunat boleh saja. Minta sungguh-sungguh petunjuk Allah. Yang Maha membolak balikkan hati . Yang Menyemarakkan rasa cinta itu. Yang Menghantar rasa kasih dan rindu

Bentengkan diri dari gangguan syaitan durjana. Amalkan doa-doa pelembut hati , penenang jiwa. 
Antara ayat Alquran yang boleh di amalkan untuk cinta sentiasa tersemarakkan ialah surah Yusuf , ayat 4 :

SURAH YUSUF , AYAT 4
SURAH YUSUF , AYAT 4

5- PERLIHATKAN KEMATANGAN, JANGAN GOPOH

Lelaki harus lebih sabar, tenang dan matang dalam tindakan. Fikir dengan waras segala tindakan. Jika tengah marah sekalipun , ambil masa untuk bertenang. Itu hanya syaitan dan nafsumu sahaja. Kalau dilayan dan diteruskan amarahu , kelak kamu sendiri akan dihantui beribu sesalan

6 - RINGAN TULANG

Tugas isteri sebenar hanya perlu mempersiapkan diri untuk suami. Basuh berak anak , masak , cuci pinggan , basuh, jemur, lipat dan susun pakaian , kemas rumah segala tu tugas suami yang asal. Sebab itulah , dalam Islam , jika isteri yang buat kerja , isteri layak minta upah. Upah lain , nafkah lain ye. Kau rasa gaji pembantu rumah sekarang berapa? Kau mampu ke nak bagi isteri lebih dari upah pembantu rumah? Kau penat , isteri pun penat. Kalau begitu , bertolak ansur saja la , lapang dada , kalau dia membebel sikit-sikit tu , layankan saja. Pasang telinga sambil baca surat khabar. Jom rajin-rajinkan diri basuh pinggan , kerap-kerapkan diri basuh berak anak , basuh baju , sapu sampah segala. Ni tugas suami!


7 - DUA INSAN BERCINTA

Perbaharui bulan madu. Kalau ada anak , minta tolong saudara mara yang rapat dan dipercayai untuk menjaganya. Ye, luangkanlah masa berdua, ambil cuti, pergi la keluar melihat alam yang membiru dan menghijau ini. Kembalikan semangat cinta yang mungkin pudar itu. Pilih saja tempat berbulan madu mengikut kemampuanmu. Tak semestinya tempat mewah-mewah dan eksklusif. Mungkin boleh saja bercamping dekat air terjun. Bahagia itu kan , kita yang pilih

8 - ULANG SEMULA PERBUATANMU

Ingat kembali saat-saat kamu bersungguh-sungguh meyakinkan dia dan keluarganya untuk memperisterikan dia? Saat kamu sungguh-sungguh istikharah dan bertawakkal sepenuh pergantunganmu kepada Allah agar dia jodohmu? Buatlah semula. Jika berutus surat , tulis lah surat untuk dia , jika usahamu dulu kerap menelefon , telefon la dia selalu. Kalau tak mampu bercakap , whatsapp kan ada. Buat semua perkara yang kamu anggap so sweet suatu masa dulu sebelum berkahwin dengan dia


Love & Faith
abuya

19 comments:

  1. orang lelaki kannn kadang-kadang tak pandai nak pujuk dan tunggu kita pujuk...ha ha ha, kadang-kadang jadi terbalik, kita yang kena pujuk dia walaupun kita yang merajuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai kakfara berterus terang nawww.. haha.. cubit je dia.. cubit kuat

      Delete
  2. Hihihihi kalo bagi saya, memang payahlah nk merajuk bila dah ada anak2 nie...dulu masa berdua boleh lah nk merajuk...skang nie nk merajuk pun tak sempat sbb x sampai 5minit dah kene mintak tolong husband...ahaks...jadik x dan nk merajuk... ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha...bace post abe nizam ni wt rase i nk kawen cepat...hekhekhek

    ReplyDelete
  4. bagus tips nizam ni, ada buat tak haha :) untunglah wife ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat lerr. . tu bunga sejambak tu.. haha..

      Delete
  5. ahahahahaa~ bagus untuk lelaki.. kena peka sikit, kalau tak, isteri kena pujuk hati sendiri.. T_T

    ReplyDelete
  6. tips kehidupan berumahtangga yg wajar diikuti...teknik memujuk dgn berbahasa lunak pun mampu mencairkan marah isteri.

    ReplyDelete
  7. alamak..lupa komen apa semalam.. hahaha.. tp betul laa.. kitorg org pompuan ni cakap je x yah laa pujuk, nanti okey sendiri..haa..tipu je tuuu.. camna pon mesti nak minta dipujuk

    ReplyDelete
  8. Wow tips menarik... Nak pergi bulan madu...

    ReplyDelete
  9. ehem2, nanti nak kna suh asben baca nihbwakakaka..

    ReplyDelete
  10. ehem...ehem...KG klu majok...asben jd ringan tulang..tp ego masih tinggi xmo minta maaf

    ReplyDelete
  11. kalau diana pula...hubby pun terus ringan tulang dan buat apa yang Diana suka...hihi

    ReplyDelete
  12. Amboii tips yang berguna ni Nize ..Thanks ya

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum...yaya dah follow sini...saja...buat blogwalking..hehe....harap sudi follow yaya... www.yayacendana.com :) tq

    ReplyDelete
  14. wow wow wow..saya bagi 3 wow

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum...saya mencelah skit boleh..saya rasa nak lebih mudah kita kena tahu apa kegemaran @ benda yang pasangan kita suka :)

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.

PALS

G+

FREQUENTERS

Popular Minggu Ini

Bila Abuya Membebel

BLOGGERS SEPERJUANGAN