08 August 2015

BAHEJABELLA LEWAT PETANG HUJUNG MINGGU

Kita sibuk sikit , kerja tak berkesudahan. Cuti pun dalam kepala ingat ada kerja yang tak habis. Duk belek-belek uv blog pun stress gak , macam nak terjun bangunan pun ada. Nasib baik la teringat masih ada mak , anak , isteri dan keluarga

Cerita petang sabtu keluar jalan-jalan di mydin. Almaklumlah , mydin kat ganu ni kan besar. Nak cari barang dapur je pun , sambil cuci-cuci mata dalam mydin tu cari rexona dan minyak zaitun je

posing dulu lepas parking kereta
Posing dulu lepas parking kerera

dalam mydin
Dalam mydin
 Biasa la duk dalam troli , kakak yang dah besar pun nak jugak

jalan-jalan cari makan
Jalan-jalan cari makan

Dah habis pusing-pusing dalam mydin tu , cari makan pula di restoran steak yang berhampiran sekitar mydin gong badak tu. Kali pertama di restoran tersebut. Adik kakak makan mee sudah. Abuya dengan bonde je makan western. Rate restoran? Ermm banyak makanan yang tertera dalam menu, tak ada. Kita nak steak (lembu) , tapi yang ada hanya lamb dan chicken chop. Air blend tak ada (dalam menu ada) , air buah pun wujud dua tiga jenis sahaja berbanding senarai panjang dalam menu. Rasanya mungkin perasaan nak datang lagi ke situ selepas ni, kena solat istikharah dulu la kot

Peace!

4 comments:

  1. Seronoknya tgk 2 beradik makan.. Berselera..")

    ReplyDelete
  2. Kecewa..list berjela menu tiada..tak apalah..mungkin dilain masa in sha Allah..wahhh nak sikit baheja mee tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. frust.. ada gak terbuat aksi annoying kat tukang amik order tadi...

      Delete
  3. haduii... nyampahkan... bila tgk menu byk bila order tak de.... selamat berhujung minggu... adik n kakak seronok la yer jejalan.... hehe

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.