04 August 2015

MENANG CONTEST DARI HOTEL TERSOHOR PRIMULA

Minggu lepas , duk sibuk-sibuk belek fail , sijil segala untuk penyediaan fail ppb , terjumpa la sekeping sijil yang cukup meninggalkan salah satu kenangan bermakna dalam hidup. Ni dia :

menang
menang

hadiah kemenangan
hadiah kemenangan


Itulah surat teristimewa dari primula beach resort. Kenangan 11 tahun lalu sudah. Tak sangka juga boleh menang. Sebab pilihan tajuk essay sangat berat, bersempena sambutan maal hijrah. Seingat aku, aku pilih tajuk berkaitan hukum syariah dan tajuk essay aku ialah "Bilakah Cerita Itu Akan Berakhir" dengan nama pena "adam redha". Tang mana boleh dapat nak letak nama adam dan redha tu pun tak tahu la. Konon-konon sedap sangat la tu nama pena tu, kan

Menang tipis je sebenanrnya, sebab aku terintai sijil pemenang tempat kedua tu , dia dapat markah 84 kalau tak silap , aku 85. Tapi tak kira la , 84 ke 85 ke , yang penting aku juara. Hehe. Dapat hadiah takde la sampai 2.6 bilion pun , Alhamdulillah , dapat rm 500 , hamper dan boleh duduk hotel 3 hari 2 malam. Naib johan boleh duit dan pakej makan 

Masa tu umur 20 tahun , tahun 2004 , tahun menunggu dan persediaan untuk berangkat ke cairo. 9 bulan juga la rehat. Sambil-sambil rehat isi masa lapang , cuba la join contest essay kreatif ni. Ermm pening juga la perah otak keluarkan idea bagai

Umur 20 , baru habis sekolah menengah, boleh duduk hotel , memang suka sangat la. Ye la , dulu ,aku bukan orang senang. Tak sesenang korang. Sesekali jarang-jarang boleh tidur hotel tersohor , memang la gembira. Macam orang hulu masuk bandar pun ada. Walaupun peruntukan bilik hanya untuk 2 orang sahaja , tapi aku angkut semua kawan-kawan aku datang tidur kat hotel tu. Buat rilek suda. Rezeki sedikit , biar kongsi sama-sama , baru lah kawan kental , sejati namanya

Tahun tu tahun kitorang lepak dan cari cukupkan bekalan ilmu di dada sebagai persediaan masuk universiti. Boleh dikatakan dua tiga kali seminggu mengadap Ustaz Azhar untuk menadah kitab malam-malam. Mengadap bukan macam dalam kuliah maghrib ramai-ramai sekali dengan orang kampung , tapi mengadap depan-depan untuk kelas khas baca kitab-kitab lama. Kelas untuk kitorang saja. Masa ni Ustaz Azhar belum masyhur lagi seantero Malaya. Belum masuk youtube , belum kahwin tiga. Rindu juga la zaman tu. Kenangan sungguh , sekejap saja masa berlalu. Nak jadi muda balik je rasa

Lepas kuliah malam-malam , dengan berkain pelikat dan berbaju melayu , ada yang masih berjubah , kitorang masuk naik hotel primula tu selamba saja. Parking motorsikal dan siap pakai selipar jepun lagi pun ada. Ada la terperasan orang-orang situ tengok semacam je. Tapi takpe la, jakun pun jakun la. Yang penting boleh duduk hotel tersohor. Kau ado? haha. Lepak ramai-ramai dalam bilik hotel. Sembang kosong , sembang penuh semua ada

Biarlah jakun disisi manusia , di sisi Allah , siapa yang tahu?

Ok karang-karang essay ni zaman dulu la , zaman idea masih segar dan bersemangat. Sekarang ada tumpul sikit. Salah satu sebab berblogging ni pun nak asah dan tajamkan balik skill yang  dah lama tertinggal

10 comments:

  1. Bukan calang-calang orang ni.. Tentun penuliasan yang bermakna dalam hidup abang nizam kan.? Congratz PapaG ucapkan. BTW like ur quotes "BIAR JAKUN DI SISI MANUSIA, DI SISI ALLAH SIAPA YANG TAHU..??" Make me insoff...!! Great...

    Pasti anda ingin tahu - Khasiat tersembunyi Daun Sup dalam masakan Mampu Mencuci Buah Pinggang

    ReplyDelete
  2. wahhh tahniah 👍👍👍 mesti penulisannya bagus

    ReplyDelete
  3. wahhh bestnya. tahniahh :D

    ReplyDelete
  4. WAH PENULIS RUPANYA NI...TAHNIAH...MASA REMAJA AKTIF JUGA MENULIS TAPI XPERNAH MENANG HADIAH N XMERASALAH NK DUDUK HOTEL TERKENAL HEH..HEH...

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat hadiah penulisan kreatif. msa sekolah dulu, sy pun suka join contest penulisan ni tp tak pernah ada rezeki pn.haha

    ReplyDelete
  6. wah...tahniah...dapat menginap 3h 2m tu...

    ReplyDelete
  7. Wahh mengimbau kennagan laa ni ya

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.