bahejabella: TIPS UGUT ANAK KEMASKAN MAINAN BERSEPAH

TIPS UGUT ANAK KEMASKAN MAINAN BERSEPAH

/
18 Comments
July 06, 2015
Hari-hari kerja ialah hari yang memenatkan secara fizikal dan mentalnya. Kadang-kadag keluar awal pagi , hari masih gelap , anak masih tidur. Balik rumah kadang-kadang sampai senja , kadang-kadang anak-anak pun dah tidur balik. Kemain anak tunggu kita balik dari petang tunggu depan pintu , lewat juga kita muncul ya

Bila sampai di rumah memang lah adil untuk menunaikan hak kita nak baring , nak rehat , nak rebahkan badan , nak cek telefon . Tapi ia kurang adil bagi anak yang nak bermanja , main kuda-kuda , peluk cium , nak bercerita panjang apa yang berlaku di taska hari itu. Kang kalau anak tidur awal , tersentuh perasaan pula, walaupun cuba mengekalkan kemachoan  

TIPS UGUT ANAK KEMASKAN MAINAN BERSEPAH

Letak la telefon dulu. Luangkan masa berharga . Masa kecil diorang sekali sahaja .Nanti besar diorang ada kehidupan sendiri. Kalau terlepas masa kecil ini , dah tak boleh ulang lagi. Dah tak boleh nak gomol-gomol macam diorang kecil. Semua akan jadi kenangan. Dugaan memang banyak , tak mudah juga sebenarnya, kan

Budak-budak biasalah kalau sepahkan mainan. Lagi di suruh simpan dan kemas , lagi tu lah diorang buat tak tahu je. Mari cuba tips ayat ugutan ni , mana tahu jika berhasil. Kalau anak sepahkan mainan , disuruh kemas , cakap elok-elok pun tak dengar , malas nak kemas , cuba bagi ayat ugut-ugut manja macam ni :-


"Kalau tak kemas , nanti abuya tak nak beli ais krim!!!! "
(kalau diorang buat tak endah lagi?..)

" Kalau tak kemas , nanti tak nak pergi kolam!!!"

( kalau diorang tak peduli jugak...?)

" Nanti abuya kahwin lagi , haa , mak tiri nak , mak tiri ?!!! nak mak satu lagi tak?..

Haa boleh pulak mengemasnya. Dengan si kecik ni sekali tergedek-gedek duk kemas

In sya Allah , menjadi .. doa banyak-banyak supaya masa bagi ugutan manja tu , puan isteri duk kat dapur , tengah fokus masak


bahejabella
bahejabella



bahejabelle
bahejabella




You may also like

18 comments:

  1. farah pun memang sentiasa didik dan ajar ash supaya mengemas alat permainan dia...he he he, tapi mungkin approach kita sedikit berbeza...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakfara.. tu pilihan akhir je.. step 1 tu cakap lembut2... next step last choice , buntu idea.. try ugut2 manja lak.. hahah

      Delete
    2. yela tu manja-manja abe nizee hahahah

      Delete
  2. " Nanti abuya kahwin lagi , haa , mak tiri nak , mak tiri ?!!! nak mak lain tak?"
    amboi ni ugut sape ni ? hahaha . abuya abuya

    ReplyDelete
  3. Sememangnya kena main ugut dengan cara halus, kalau tak memang manja sangat..

    ReplyDelete
  4. Hahahah..kelakar betul ugut yg last tu tau... dorng pun tahu.. mak tiri garang..tak baik.. sedari kita kecik2 juga macam tu kan... dah keserasian di terap mcm tu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi2 ade kes mak tiri pukul anak tiri.menampkakkan kejahatan mak tiri tu.lagi lah kann huhu

      Delete
  5. HEH..HEH..JGN SEBUT SELALU..KATA2 KAN DOA SIAN MAMA BAHEJA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. dengauu tu abe nize tsk tskk

      Delete
  6. ahahahhahaa.. nasib wife tak dengar.. kang makin bersepah pinggan mangkuk periuk belanga kena campak..wakakakkakaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. biar padan muka abe nize kak yoorin kahkah

      Delete
  7. Amboiii ugutan. Hahahaha :P

    ReplyDelete
  8. Haha..pilihan akhir tu klaka

    ReplyDelete
  9. peergghhh ugutan last sekali rasa nak bagitahu kat isteri abe nize je hahahaha

    ReplyDelete