30 July 2015

TAK MAIN LA DRAMA KOREA

Ye.. tak main la drama korea. Kpop tu jauh sekali la. Entah la tak ada jiwa kot tu. Musim orang duk kalut winter sonata ke , summer sonata ke , aku tak tahu apa-apa. Hehe. Tak tau la syok tang mana sampai ada orang yang sanggup beli berbakul-bakul koleksi dvd k-drama  . Aku kalau tengok pun cerita perang korea utara dan korea selatan tu. Satu lagi aksi kungfu. Ingat-ingat lupa masa kecik, darjah tiga kalau tak silap , pernah la layan drama bersiri jepun tangkap leleh. Rasanya tajuk "kaime no propose" . Korang google la ye. Drama ni ada lagu hits iaitu "say yes". Memang layan habis la dulu drama ni. Tak tau la kenapa. Heroin cun , heronya takde la kacak sangat. Tapi memang drama tu banyak scene menangis

Yang ni satu lagi drama. Bukan k-drama la. Tapi kadang-kadang ada adegan menangis. Adegan tinggi-tinggi manja suara. Aksi mencuit hati atau aksi bahagia. Drama ni ialah drama si baheja nafeesa ni. Ye , drama baheja nak pergi sekolah (taska). Kadang-kadang dia bangun awal. Sama waktu aku nak bertolak ke sekolah aku. Lebih kurang 6.30 pagi. Kadang-kadang kalau dia tidur awal malamnya, alamatnya terbangun awal la keesokan hari. 5 pagi pun boleh. Ada hari bangun elok , pampers tak berat. Ada hari bangun dengan kebocoran. Habis katil dia basah. Satu hal kena settle kan dulu. Mahunya kalut aku pagi-pagi. Nak rushing pergi kerja lagi. Tempat kerja kita 40 km dari rumah

Kadang-kadang yang lain, dia bangun lewat. Kul 9 atau 10. Lepas tu kalau mood rajin , mula la nak pergi juga sekolah (taska) dia walaupun dah pukul 11 pagi. Almaklumla taska depan rumah je. Cikgu-cikgu pula semua dah kenal keluarga besar tokma dia. Kira macam dah ada cable juga la

Baheja ratu drama. Banyak nau drama dia. Akalan tinggi. Ada hari, elok-elok pergi sekolah. Ada hari dia nak pergi dengan kereta walaupun taska sejengkal je depan rumah ni. Seminit je jalan kaki. Bukan saje-saje nak naik kereta, tapi dia ajak pergi pusing kampung dulu pergi kedai runcit. Selalunya cari choki-choki. Demand nak choki-choki banyak , nak bagi kawan-kawan katanya. Pemurahnya alahaiii


drama baheja
drama baheja


Tengok la tu gambar baju merah , pergi sekolah time pagar dah tutup. Walaupun tetap dibenarkan masuk

Nikmati je la setiap saat. Nanti semua drama-drama ni akan jadi kenangan termanis , kan. Sayang baheja. Belajar pandai-pandai kakak, nanti pandai - pandai harap jangan la jadi menteri pasola

Faith & love

abuya


4 comments:

  1. drama2 kehidupan baheja yg pasti amat menyenangkan papa n mamanya mengalahkan winter sonata drama korea tu...

    ReplyDelete
  2. alahai...cermin mata yang mahal tu

    ReplyDelete
  3. Hehehe comel sungguh kaklong ni

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.