Ye.. tak main la drama korea. Kpop tu jauh sekali la. Entah la tak ada jiwa kot tu. Musim orang duk kalut winter sonata ke , summer sonata ke , aku tak tahu apa-apa. Hehe. Tak tau la syok tang mana sampai ada orang yang sanggup beli berbakul-bakul koleksi dvd k-drama . Aku kalau tengok pun cerita perang korea utara dan korea selatan tu. Satu lagi aksi kungfu. Ingat-ingat lupa masa kecik, darjah tiga kalau tak silap , pernah la layan drama bersiri jepun tangkap leleh. Rasanya tajuk "kaime no propose" . Korang google la ye. Drama ni ada lagu hits iaitu "say yes". Memang layan habis la dulu drama ni. Tak tau la kenapa. Heroin cun , heronya takde la kacak sangat. Tapi memang drama tu banyak scene menangis
Yang ni satu lagi drama. Bukan k-drama la. Tapi kadang-kadang ada adegan menangis. Adegan tinggi-tinggi manja suara. Aksi mencuit hati atau aksi bahagia. Drama ni ialah drama si baheja nafeesa ni. Ye , drama baheja nak pergi sekolah (taska). Kadang-kadang dia bangun awal. Sama waktu aku nak bertolak ke sekolah aku. Lebih kurang 6.30 pagi. Kadang-kadang kalau dia tidur awal malamnya, alamatnya terbangun awal la keesokan hari. 5 pagi pun boleh. Ada hari bangun elok , pampers tak berat. Ada hari bangun dengan kebocoran. Habis katil dia basah. Satu hal kena settle kan dulu. Mahunya kalut aku pagi-pagi. Nak rushing pergi kerja lagi. Tempat kerja kita 40 km dari rumah
Kadang-kadang yang lain, dia bangun lewat. Kul 9 atau 10. Lepas tu kalau mood rajin , mula la nak pergi juga sekolah (taska) dia walaupun dah pukul 11 pagi. Almaklumla taska depan rumah je. Cikgu-cikgu pula semua dah kenal keluarga besar tokma dia. Kira macam dah ada cable juga la
Baheja ratu drama. Banyak nau drama dia. Akalan tinggi. Ada hari, elok-elok pergi sekolah. Ada hari dia nak pergi dengan kereta walaupun taska sejengkal je depan rumah ni. Seminit je jalan kaki. Bukan saje-saje nak naik kereta, tapi dia ajak pergi pusing kampung dulu pergi kedai runcit. Selalunya cari choki-choki. Demand nak choki-choki banyak , nak bagi kawan-kawan katanya. Pemurahnya alahaiii
Tengok la tu gambar baju merah , pergi sekolah time pagar dah tutup. Walaupun tetap dibenarkan masuk
Nikmati je la setiap saat. Nanti semua drama-drama ni akan jadi kenangan termanis , kan. Sayang baheja. Belajar pandai-pandai kakak, nanti pandai - pandai harap jangan la jadi menteri pasola
Faith & love
abuya

![]() |
drama baheja |

Comelnyaa dia :)
ReplyDeletedrama2 kehidupan baheja yg pasti amat menyenangkan papa n mamanya mengalahkan winter sonata drama korea tu...
ReplyDeletealahai...cermin mata yang mahal tu
ReplyDeleteHehehe comel sungguh kaklong ni
ReplyDelete