07 July 2015

RESIPI MUDAH BERBUKA PUASA

RESIPI MUDAH BERBUKA PUASA : AYAM KUNYIT SERAI SUKA-SUKA HATI

Mentang-mentanglah entri resipi berbuka sebelum ni hits , kini bahejabella.com kembali dengan satu lagi resipi mudah berbuka puasa. Nama resipi diberi , ayam kunyit serai suka-suka hati. Kaedahnya selongkar peti apa yang ada didalamnya , kemudian campak-campak je dalam kuali. Masak dengan iman , masak dengan hati , sedap sehingga menjilat jari


AYAM KUNYIT SERAI SUKA-SUKA HATI
Ayam kunyit serai suka-suka hati


Bahan-bahan :

bawang besar
bawang putih
serai
kunyit serbuk
daun limau purut
garam dan gula secukup rasa


Cara memasak ayam kunyit serai suka-suka hati :
1- blend bawang besar dan bawang putih
2- panaskan minyak , tumis bawang yang di blend sampai pecah minyak
3 - masukkan serai
4 - masukkan serbuk kunyit
5 - masukkan ayam , garam dan gula secukup rasa (boleh juga tambah sedikit serbuk lada hitam jika mahu)
6 - masukkan daun limau purut dan cili untuk hiasan dan memberi warna
7- hidang dengan penuh kasih sayang

Nantikan satu lagi resipi mudah berbuka puasa dari bahejabella.com esok

Sebarkan bahagiamu!

abuya

10 comments:

  1. Zaman belajar dulu kalau pergi kedai makan mesti order ayam kunyit...memang sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perghh peminat tegar ayam kunyit la ni? hehehe

      Delete
  2. menu senang masak dan sedap!

    ReplyDelete
  3. Simple tapi nampak sedap..

    ReplyDelete
  4. Menarik dan mudah resepi nie ^-^

    ReplyDelete
  5. pandai chegu ijam masak......huntunglahhhh

    ReplyDelete
  6. perghh untunglah main campak-campak je pun sedap kannn. kc kalau campak-campak takut tak rupa mknn kang hahhaah

    ReplyDelete
  7. Ayam kunyit serai suka2 hati pon boley laaa

    ReplyDelete

#Ini adalah blog peribadi

#Segala testimoni dan penulisan berkaitan produk SHAKLEE yang dikongsi & disebarluaskan infonya dilaman ini BUKAN bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit.

#Pembaca sangat digalakkan untuk mendapat nasihat dari pakar kesihatan dan perubatan. Allah jua Yang Maha Memberi Kesembuhan.